(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Saturday, June 4, 2011

Pesanan Rasulullah Untuk Remaja/Pemuda Islam

Petikan dari “Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini”, Abdullah Nasih Ulwan
Remaja/ Pemuda yg menghambakan diri
“ Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya… …pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada Allah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rebutlah masa muda

“ Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu.”
(Riwayat al Hakim)

Hati2 dengan kehidupan
“ Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”
(Riwayat Tirmizi)

Hidup dengan ibadah
“ Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).”
(Riwayat Imam Abu Ahmad dan Ya’la)

Remaja/ Pemuda pendokong Dakwah
Rasulullah SAW menerima wahyu ketika umur 40 tahun
Abu Bakr ketika itu 37 tahun
Umar Al Khattab memeluk Islam ketika umur 27 tahun
Ali ketika itu di awal remaja
Abdullah Mas’ud, Said bin Zaid, Abd Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin Umair dll

Pemuda peneraju perjuangan
Tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam, Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan para pemuda

Harapan untuk Pemuda
Ya Allah! Sediakan bagi umat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu daripada mereka...
Kembalikan kegemilangan
Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaan dan keagungan bagi umat Muhammad ini.

Al Imam As-syahid Hasan al-banna ada menyatakan..
“Generasi muda merupakan rahsia kehidupan umat dan sumber kebangkitannya.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan ‘rahim’ umat itu melahirkan tokoh-tokoh yang memenuhi syarat rijal (pemuda islam) yang sebenarnya.”

"Wahai Pemuda! Seruan pertama sekali kepada tugas ini untuk kamu iaitu hendaklah kamu percaya kepada diri sendiri,hendaklah kamu mengetahui kedudukan kamu dan kamu yakin bahawa kamu adalah para pemimpin dunia sekiranya kamu mahu musuh kamu menjadi hina..Tentukanlah wahai pemuda iman kamu,matlamat dan tujuan kamu

No comments:

Engineer Di Blog Nuqaba

rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah