(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Monday, December 19, 2011

Tiada Alasan untuk Tidak Menutup Aurat

13 ALASAN TIPIKAL WANITA ENGGAN MENUTUP AURAT ::

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
- Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
- Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampus!
- Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
- Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
- Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
- Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
- Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
- Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
- Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
- Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
- Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
- Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
- Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

Sunday, August 14, 2011

Ramadhan Tiba Lagi !!



1) Bulan Ramadhan bulan turunnya Al Quran

Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan Al Quran. Firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 185
(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanyaditurunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadiketerangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaanantara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yangmenyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasabulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu padahari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamuberoleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan jugasupaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.


2) Bulan terdapatnya malam Lailatul Qadar

Malam diturunkan Al Quran dikenali sebagai malam Lailatul Qadar. Ini dijelaskan oleh Allah swt dalam surah Ad Dukhan ayat 3-6

3. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

4. (Kami menurunkan Al-Quran pada malam Yang tersebut, kerana) pada malam Yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara Yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).

5. Iaitu perkara-perkara Yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan kami; Sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul

6. (untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui (akan Segala keadaan hamba-hambaNya).Lailatul Qadar adalah satu malam yang sangat istimewa kerana kelebihan beribadat pada malam tersebut bersamaan dengan seribu bulan. Firman Allah dalam surah Al Qadr ayat 2:"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. "Dengan sebab kemuliaan dan gandaan pahala itulah maka bila tibanya bulan Ramadhan, umat Islam berlumba lumba beribadat dimalamnya dengan melakukan ibadat seperti solat terawikh dan ibadat2 lain dengan harapan dapat bertemu dengan malam Al Qadr. Sesiapa beribadat pada malam tersebut juga akan diampunkan dosanya yang telah lalu. Sabda Rasulullah saw:-

“ Bersabda Rasulullah saw: Sesiapa yang bangun di malam Lailatul Qadar denagn penuh keimanan dan ihtisab, diampunkan dosanya yang telah lalu” (Bukhari)

Namun demikian, ada pendapat mengatakan bahawa, malam Lailatul Qadar akan berlaku pada malam ganjil sepuluh akhir Ramadhan. Ia berdasarkan kepada sabda Rasulullah saw:

“ Pilihlah (carilah) malam Lailatul Qadar di (pada hari) ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan” (Bukhari)

3) Bulan Ramadhan bulan menghayati Al Quran

Membaca dan menghayati Al Quran pada bulan Ramadhan merupakan satu ibadat yang amat digalakkan. Ini kerana pada bulan inilah Rasulullah saw akan bertadarus dengan Jibril as dengan membaca Al Quran. Oleh kerana itu, umat Islam disaran untuk mempraktikkan konsep tadarus ini dalam usaha untuk menghidupkan bulan Ramadhan ini.
4) Bulan yang dibebaskan gangguan syaitan

Umat Islam pada bulan ramadhan bebas beribadat tanpa gangguan syaitan. Pada bulan ini, para syaitan akan dirantai dan keistimewaan ini hanya terdapat pada bulan ramadhan sahaja. Sabda Rasulullah saw:-

“Jika datang bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu syurga, ditutup pintu pintu neraka dan dibelenggulah para syaitan” (Bukhari dan Muslim)

5) Bulan dibukanya pintu2 rahmat

Bulan Ramadhan juga merupakan bulan dibukanya pintu2 rahmat. Sabda Rasulullah saw:-

Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu2 rahmah” (Muslim)

Dengan terbukanya pintu2 rahmat ini, maka umat Islam disaran supaya mempertingkatkan ibadat masing2 sepanjang bulan Ramadhan. Antara rahmat Allah swt yang paling besar ialah dibukanya pintu2 langit dan ditutupnya pintu2 neraka sebagaimana sabda Rasulullah saw:-

“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibuka pintu2 langit, ditutup pintu2 jahanam dan diirantai para syaitan” (Bukhari)

Hadis ini menjelaskan bahawa rahmat Allah swt sangat luas pada bulan Ramadhan dengan dibukanya pinti2 langit dan pengampunan kepada hamba2 yang telah melakukan maksiat dari terus diazab dengan menutup pintu2 neraka. Ini adalah antara anugerah Allah swt yang sangat berharga kepada hamba hambanya yang hanya terdapat pada bulan Ramadhan.

6) Bulan Ramadhan bulan pengampunan

Bulan Ramadhan adalah bulan kemapunan. Allah swt akan mengampunkan dosa hambanya jika amal ibadat yang dilakukan itu benar2 ikhlas, khusyuk dan tawadduk serta tidak diselang selikan dengan dosa2 besar dan dosa kecil. Sabda Rasulullah saw:-

“Barangsiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab, maka akan diampunkan dosa dosanya yang telah lalu” (Bukhari dan Muslim)

Disamping mengerjakan ibadat2 sunat seperti berzukir, membaca Al Quran dan sebagainya, umat Islam juga digalakkan untuk membanyakkan berdoa kepada Allah swt. Antara doa yag telah disarankan supaya kita sentisa membacanya pada bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang telah dinyatakan dalam sebuah hadis:-

“Diriwayatkan dari Aisyah ra beliau berkata: Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika Engkau tahu bila malama Lailatul Qadar, apa yang aku ucapkan? Baginda bersabda: Ucapkanlah doa

“ Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku” (Tarmizi dan Ibnu Majah)

7) Bulan Ramadhan bulan untuk berinfaq

Disamping diwajubkan berpuasa, umat Islam juga dituntut supaya melakukan ibadat2 lain seperti menunaikan zakat fitarh dan bersedekah pada bulan Ramadhan. Perkara ini sentiasa Rasulullah saw lakukan sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis:-

“Dari ibnu Abbas ra berkata: Rasulullah saw adalah manusia yang paling pemurah maka dia akan lebih pemurah pada bulan Ramadhan dimana baginda ditemui oleh Jibril pada setiap malam Ramadhan mengajarkan Baginda Al-Quran” (Bukhari)

Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan pilihan Allah swt untuk membuka dan memberi peluang kepada hambanya bermuahasabah diri dan melakukan ibadat semaksimum mungkin. Jadi terpulanglah kepada kita utuk memanfaatkan peluang ini sepenuhnya. Janganlah kita tergolong dalam golongan orang2 yang rugi di dunia dan akhirat.





Saturday, June 4, 2011

Pesanan Rasulullah Untuk Remaja/Pemuda Islam

Petikan dari “Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini”, Abdullah Nasih Ulwan
Remaja/ Pemuda yg menghambakan diri
“ Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya… …pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada Allah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rebutlah masa muda

“ Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu.”
(Riwayat al Hakim)

Hati2 dengan kehidupan
“ Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”
(Riwayat Tirmizi)

Hidup dengan ibadah
“ Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).”
(Riwayat Imam Abu Ahmad dan Ya’la)

Remaja/ Pemuda pendokong Dakwah
Rasulullah SAW menerima wahyu ketika umur 40 tahun
Abu Bakr ketika itu 37 tahun
Umar Al Khattab memeluk Islam ketika umur 27 tahun
Ali ketika itu di awal remaja
Abdullah Mas’ud, Said bin Zaid, Abd Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin Umair dll

Pemuda peneraju perjuangan
Tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam, Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan para pemuda

Harapan untuk Pemuda
Ya Allah! Sediakan bagi umat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu daripada mereka...
Kembalikan kegemilangan
Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaan dan keagungan bagi umat Muhammad ini.

Al Imam As-syahid Hasan al-banna ada menyatakan..
“Generasi muda merupakan rahsia kehidupan umat dan sumber kebangkitannya.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan ‘rahim’ umat itu melahirkan tokoh-tokoh yang memenuhi syarat rijal (pemuda islam) yang sebenarnya.”

"Wahai Pemuda! Seruan pertama sekali kepada tugas ini untuk kamu iaitu hendaklah kamu percaya kepada diri sendiri,hendaklah kamu mengetahui kedudukan kamu dan kamu yakin bahawa kamu adalah para pemimpin dunia sekiranya kamu mahu musuh kamu menjadi hina..Tentukanlah wahai pemuda iman kamu,matlamat dan tujuan kamu

Thursday, March 17, 2011

#prayforPalestin

Tatkala sibuk mengenang warga Jepun yang sedang berada dalam kegusaran ,
Bagaimana pula dengan kesengsaraan saudara-saudara di Palestin ?




200 Penyokong HAMAS Ditangkap Pada Januari 2011


Satu laporan yang terbaru mendedahkan bahawa agensi keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) telah menangkap seramai 200 orang penyokong Hamas di Tebing Barat pada bulan Januari 2011, manakala sejumlah 3,000 orang lagi telah ditangkap pada tahun 2010.

Laporan itu yang dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Gaza pada Selasa lalu berkata PA yang dikuasai oleh pergerakan Fatah terus menahan beratus-ratus orang penyokong Hamas dan kumpulan penentang yang lain.

Daripada 3,000 tahanan bermotifkan politik itu, 1,404 orang pernah ditahan di penjara rejim Zionis sebelum ini, termasuklah 49 orang imam masjid, 23 orang professor universiti, 36 wartawan, 32 orang pegawai perbandaran tempatan, 417 pelajar universiti dan 9 orang guru.

Sementara itu, Menjelang tengah malam Rabu (23/2), pesawat tempur Zionis Israel melancarkan serangan udara ke beberapa sasaran di Semenanjung Gaza. Aksi ini berlaku beberapa jam setelah dua serangan yang mengakibatkan seorang warga Palestin syahid dan 16 lainnya cedera.

Sumber-sumber tempatan menyebutkan bahawa pesawat tempur Zionis Israel jenis F-16 melancarkan peluru berpandu ke gudang pertanian di kampung Satr di utara Khan Yunis, wilayah selatan Semenanjung Gaza, hingga musnah teruk namun tidak ada yang terkorban.

Setelah itu pasukan Zionis Israel menggempur lokasi lain di selatan kota Gaza, iaitu sebuah lokasi yang dikenal dengan "pos keamanan Au Jarad". Dalam serangan juga tidak ada yang terkorban.

sumber : Palestinkini


Wallahu 'alam.

Kurnia Sayap


أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ إِلَى ٱلطَّيۡرِ فَوۡقَهُمۡ صَـٰٓفَّـٰتٍ۬ وَيَقۡبِضۡنَ‌ۚ مَا يُمۡسِكُهُنَّ إِلَّا ٱلرَّحۡمَـٰنُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ بِكُلِّ شَىۡءِۭ بَصِيرٌ

alt

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
-Surah Al-Mulk Ayat 19-


Kuasa Pemerintahan Terhebat

SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa'i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk."



Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata:

"Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya

mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam."

Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Itulah yang menahan (Al-Maa'inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur."

Siapakah yang memberikan angin yang tidak terlihat sebagai medium apungan kepada sayap-sayap burung?

foto by Zulhafidz



Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, .... "Sungguh saya ingin supaya surah tabaarak ini diucapkan di dalam hati (dihafal) oleh setiap umatku (Riwayat Atthabarani)

Ibnu Abbas r.a. berkata pada seorang, "Sukakah kuhadiahkan padamu suatu hadis yang amat menyenangkanmu?"

"Baiklah", jawab orang itu.

Lalu Ibn Abbas berkata, "Bacalah tabaa rakal ladzi biyadihil mulku sehingga akhir surah al-Mulk dan ajaklah keluarga, isteri, anak-anakmu serta tetanggamu, maka sesungguhnya surah itu akan menyelamatkan bahkan akan membelanya di hari kiamat di hadapan Tuhan terhadap orang yang selalu membacanya, ia akan minta kepada Tuhan bagi orang yang membacanya supaya selamat dari siksa kubur dan siksa neraka.


Dipetik dari Abul Fidaa' Ismail Bin Katsir Al-Quraisy (Ibnu Katsier) (1988), Tafsir Ibnu Katsier, Jilid 8&9, H. Salim Bahreisy dan H. Said Bahreisy (terj), Kuala Lumpur: Victory Agency, h. 170-171


artikel oleh iluvislam.com



Friday, February 4, 2011

I'm innocent ! ?

Aku Rasa Aku Tak Salah..Tapi Sebenarnya..




Aku rasa aku tak salah jika ada bencana alam yang melanda dunia, iyalah, bukan aku yang jadikan banjir, gempa bumi dan semua bencana.

Tapi sebenarnya salah aku kerana aku membuat maksiat, lalai dari mengingati yang bahawanya tugas aku sebagai khalifah di bumi Allah. Aku tidak ingin merubah diri sendiri dan orang lain sampai Allah murka dan menurunkan bala kepada umat manusia.

Aku rasa aku tak salah jika maksiat, zina, buang bayi berlaku tiap-tiap hari dan makin meningkat setiap masa, iyalah, bukan aku yang lakukan hal terkutuk itu. Aku buat kerja aku sahaja.

Tapi sebenarnya salah aku kerana aku tak mahu peduli tentang masyarakat. Tidak mahu menjadi contoh yang baik agar masyarakat beringat menjauhi maksiat. Aku sendiri banyak mengikut budaya-budaya barat dan aku sendiri meremehkan hubungan lelaki dan perempuan sebelum nikah sampai tanpa tak sedar dengan bertambahnya orang macam aku, membuat orang yang lain berasa tidak malu untuk ke arah zina dan berzina.

Aku rasa aku tak salah jika orang lain mengata buruk tentang aku, iyalah, mulut org kan. Payah nak tutup. Aku buat hal aku sudah.

Tapi sebenarnya aku salah kerana aku membiarkan orang lain berperangai buruk dan kerana sikap endah tak endah aku dan tidak mahu memaafkan, menasihati orang dan tidak menunjukkan kebaikan pada orang itu serta lari dari mendekati orang tersebut, membuat ramai yang lainnya terpalit dan terkena dengan kejahatan orang itu. Makin ramai orang yg merasa sakit hati kerana sikap 'ego' aku itu.

Aku rasa aku tak salah jika orang-orang Kafir memusuhi masyarakat Islam. Orang-orang kafir melakukan kekejaman ke atas orang Islam. Iyalah, memang dah dasar Kafir, memang jahat!

Tapi sebenarnya aku salah kerana aku sendiri yang tidak mahu berdakwah walaupun sekecil-kecil dakwah dan tidak pernah punya rasa untuk menunjukkan Islam itu baik kepada orang-orang Kafir. Aku terus-terusan hina dan benci orang Kafir tanpa aku sendiri melakukan ikhtiar untuk merubah diri sendiri dan masyarakat agar orang Islam dapat membuktikan bahwa Islam itu baik dan tidak membebankan. Pernahkah aku berusaha?

Aku rasa aku tak salah jika kemiskinan melanda dunia. Iyalah, dah mereka miskin, siapa suruh tak belajar rajin-rajin, belajar tinggi-tinggi.

Tapi sebenarnya aku salah kerana aku sendiri sombong dan sangat berkira jika ingin menghulurkan bantuan kepada mereka. Aku sering memboroskan duit aku kepada hal-hal yang sia-sia dan tidak penting. Padahal duit itu hanyalah untuk nafsuku, mengapa tidak untuk saudara-saudaraku yang sedang menderita? Aku makan enak-enak setiap hari, jika tidak dapat yg enak, aku marah padahal aku dah selalu makan enak-enak, si miskin tidak pernah sekali pun merasa keenakkan makanan yang aku makan. Mengapa aku merasakan mereka tidak ada kena mengena dengan aku? Bukankah kita semua berasal dari Adam yang sama?

Aku rasa aku tak salah jika aku berkata tentang keburukan orang dan mengiyakan setiap keburukan orang lain yang diceritakan kepada ku. Iyalah, dah memang jahat, nak bela buat apa? Biarlah dia. Tak ada kena mengenapun dengan aku. Aku tak jahat macam dia.

Tapi sebenarnya aku salah kerana bermula dari aku, dan pertambahan aku sebagai orang-orang yang mengatakan dan mengiyakan keburukan orang tersebut, orang lain turut sama membenci orang itu. Semakin hari berkurangnya orang yang mendekati dia dan dia berasa tertekan dan membuatkan dia tidak mahu berubah dan sikapnya menjadi semakin buruk kerana tidak ada yang mahu menasihati dan menyayangi. Dan semakin ramai yang sakit hati serta tiada keharmonian dalam masyarakat. Orang-orang menjadi semakin liar dan tidak mustahil sikap suka mengumpat juga berkembang pada orang lain. Aku telah memupuk budaya tidak sihat itu! Sebenarnya aku juga dua kali lima jahat.

Aku rasa aku tak salah kerana tidak menutup aurat dan tidak menutup aurat dengan baik. Iyalah, aku tengok semua orang biasa sahaja buat macam itu. Tak ada apa-apa pun. Ia kan kebebasan berpakaian namanya.

Tapi aku salah kerana aku telah membuka peluang mata-mata gatal yang tidak mahu menjaga pandangan. Salah aku kerana kerana dari aku dan bertambahnya orang macam aku, telah menaikkan nafsu manusia yang selama ini teguh, lama-kelamaan meruntuh! Dari kerana aku, yang lain tertarik mengikut sikap tidak menutup aurat aku dan mereka menjadi mangsa nafsu buas manusia! Puncanya aku, kejamnya aku!

Aku rasa aku tak salah setiap masa.

Tapi sebenarnya aku salah lebih berganda-ganda setiap masa. Kerana aku tidak pernah ambil peduli. Pantaslah neraka yang sehina-hina tempat kembali jika aku masih tidak mahu berubah.

Astaghfirullah!

-Artikel dari iluvislam.com

Engineer Di Blog Nuqaba

rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah