(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Thursday, March 17, 2011

#prayforPalestin

Tatkala sibuk mengenang warga Jepun yang sedang berada dalam kegusaran ,
Bagaimana pula dengan kesengsaraan saudara-saudara di Palestin ?




200 Penyokong HAMAS Ditangkap Pada Januari 2011


Satu laporan yang terbaru mendedahkan bahawa agensi keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) telah menangkap seramai 200 orang penyokong Hamas di Tebing Barat pada bulan Januari 2011, manakala sejumlah 3,000 orang lagi telah ditangkap pada tahun 2010.

Laporan itu yang dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Gaza pada Selasa lalu berkata PA yang dikuasai oleh pergerakan Fatah terus menahan beratus-ratus orang penyokong Hamas dan kumpulan penentang yang lain.

Daripada 3,000 tahanan bermotifkan politik itu, 1,404 orang pernah ditahan di penjara rejim Zionis sebelum ini, termasuklah 49 orang imam masjid, 23 orang professor universiti, 36 wartawan, 32 orang pegawai perbandaran tempatan, 417 pelajar universiti dan 9 orang guru.

Sementara itu, Menjelang tengah malam Rabu (23/2), pesawat tempur Zionis Israel melancarkan serangan udara ke beberapa sasaran di Semenanjung Gaza. Aksi ini berlaku beberapa jam setelah dua serangan yang mengakibatkan seorang warga Palestin syahid dan 16 lainnya cedera.

Sumber-sumber tempatan menyebutkan bahawa pesawat tempur Zionis Israel jenis F-16 melancarkan peluru berpandu ke gudang pertanian di kampung Satr di utara Khan Yunis, wilayah selatan Semenanjung Gaza, hingga musnah teruk namun tidak ada yang terkorban.

Setelah itu pasukan Zionis Israel menggempur lokasi lain di selatan kota Gaza, iaitu sebuah lokasi yang dikenal dengan "pos keamanan Au Jarad". Dalam serangan juga tidak ada yang terkorban.

sumber : Palestinkini


Wallahu 'alam.

Kurnia Sayap


أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ إِلَى ٱلطَّيۡرِ فَوۡقَهُمۡ صَـٰٓفَّـٰتٍ۬ وَيَقۡبِضۡنَ‌ۚ مَا يُمۡسِكُهُنَّ إِلَّا ٱلرَّحۡمَـٰنُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ بِكُلِّ شَىۡءِۭ بَصِيرٌ

alt

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
-Surah Al-Mulk Ayat 19-


Kuasa Pemerintahan Terhebat

SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa'i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk."



Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata:

"Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya

mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam."

Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Itulah yang menahan (Al-Maa'inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur."

Siapakah yang memberikan angin yang tidak terlihat sebagai medium apungan kepada sayap-sayap burung?

foto by Zulhafidz



Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, .... "Sungguh saya ingin supaya surah tabaarak ini diucapkan di dalam hati (dihafal) oleh setiap umatku (Riwayat Atthabarani)

Ibnu Abbas r.a. berkata pada seorang, "Sukakah kuhadiahkan padamu suatu hadis yang amat menyenangkanmu?"

"Baiklah", jawab orang itu.

Lalu Ibn Abbas berkata, "Bacalah tabaa rakal ladzi biyadihil mulku sehingga akhir surah al-Mulk dan ajaklah keluarga, isteri, anak-anakmu serta tetanggamu, maka sesungguhnya surah itu akan menyelamatkan bahkan akan membelanya di hari kiamat di hadapan Tuhan terhadap orang yang selalu membacanya, ia akan minta kepada Tuhan bagi orang yang membacanya supaya selamat dari siksa kubur dan siksa neraka.


Dipetik dari Abul Fidaa' Ismail Bin Katsir Al-Quraisy (Ibnu Katsier) (1988), Tafsir Ibnu Katsier, Jilid 8&9, H. Salim Bahreisy dan H. Said Bahreisy (terj), Kuala Lumpur: Victory Agency, h. 170-171


artikel oleh iluvislam.com



rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah