(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Monday, May 31, 2010

Kesan berbakti kepada ibu bapa

Diambil daripada blog razzy.com




image Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.
Ceritanya begini :
Terdapat salah seorang pelajar perempuan masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru perempuan tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar perempuan tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?


Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.


Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

Friday, May 7, 2010

ADIK,..jom!!




buat adik2 dan sahabat....

Allah lah yg mmberi hidayah pd kita..tersangatlah rugi apabila seseorang itu terpilih untuk diberi hidayah oleh Allah,dan dia sekadar pergi tanpa menghiraukan hidayah yg dikurniakan pdnya..

“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (9:39)

Allah dah bagitau kita awal2 dik,

kalau kita jual mahal & taknak membela agama Dia,

Dia bukan sahaja akan mengazab kita dengan azab yang tak terbayang sakitnya,

malah dia akan gantikan kita dengan orang lain.

Dan Dia sedikitpun tidak rugi dengan ‘pelarian’ kita.

Sebaliknya, kita yang rugi….

Dan di akhir ayat itu Allah ingatkan kita yang dia Maha Kuasa terhadap tiap-tiap sesuatu.

Dia Maha Kuasa terhadap diri adik, terhadap kecintaan adik, dan segala apa yang ada pada adik…

Takde apa yang ada pada diri kita ni kan dik,

kalo Allah dah tak suka kita….

Adik…,

bila hidayah datang menyapa,..

ia perlu dijaga, dibaja dan disiram agar menjadi akar kuat yang boleh menyokong ‘pembesaran’ kita..

jangan buat endah tak endah..

jangan buat seperti tiada apa-apa yang berlaku,..

takut-takut Allah dah tak pilih kita untuk kali kedua…

takut-takut kita mencabar kemurkaan Allah…

Adik………..,

nak mandi ke taknak nih?..

apapun akak ade je kt sini…

kalau adik nak akak terjun sekali and tarik adik pon akak tak kisah…

akak rela…

sebab akak sayang sangat kat adik..

sayang yang taktau dah nak cakap camne… (T_T)

Adik,…..

tiada orang yang sempurna…

semua orang ada kisah silam kelam masing-masing…


tapi bukan itu yang Allah tengok…

Allah nak tengok sama ada kita berusaha untuk membersihkan sisa-sisa lumpur tu,..

atau kita terus selesa berendam dalam kedinginan dan ‘kewangian’ lumpur tu..

Adik,..

jom mandi?

jom keluar dari kekotoran..
jom keluar dari belenggu jahiliah..
jom kita bersihkan diri..sucikan diri
jom kecapi kebahagiaan dgn cintaNya.^_^

-salam mujahadah-

Sunday, May 2, 2010

Dari Kelahiran Muhammad saw. sampai Diutusnya

Muhammad Rasûlullâh saw. dilahirkan di Makkah pada tahun 571 M. bersamaan dengan masuknya Abrahah -- gubernur Yaman -- ke kota Makkah dengan pasukan gajahnya yang terkenal untuk menghancurkan Ka'bah. Dan pasukan itu dihancurkan Allâh SWT. dengan burung Abâbîl, sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Fîl yang artinya "gajah". Itulah sebabnya tahun kelahiran Rasûlullâh saw. disebut "Tahun Gajah".



Ayah Beliau bernama 'Abdullâh bin 'Abdul-Muthalib bin Hâsyim, dan 'Abdul-Muthalib adalah seorang kepala suku Quraisy yang paling dihormati dan juga pemimpin kota Makkah pada masa itu. Sedangkan ibunda Beliau bernama 'Âminah binti Wahab bin 'Abdi Manâf bin Kilâb yang juga seorang wanita Quraisy.

'Abdullâh -- ayah Beliau -- adalah seorang pedagang sebagaimana layaknya bangsa Quraisy saat itu, seperti yang disebutkan Allâh dalam surah Quraisy (106).

'Abdullâh meninggal sebelum lahirnya Beliau, yaitu sekembalinya dari negeri Syâm, di tengah jalan ia jatuh sakit, dan sakitnya semakin parah ketika ia singgah di kota Madînah. Maka ia pun tinggal di keluarga Banî Najâr dari suku Khazraj, dan meninggal di tengah-tengah mereka.

Keluarga Banî Najâr masih ada hubungan keluarga dengan Rasûlullâh saw., yaitu melalui pernikahan Hâsyim bin 'Abdi Manâf -- yaitu datuk ayah Beliau -- dengan seorang wanita dari Banî Najâr.

Jadi, Rasûlullâh saw. lahir setelah wafatnya 'Abdullâh -- ayah Beliau --, Dan Beliau tumbuh sebagai anak yatim. Namun, 'Abdul-Muthalib -- datuk Beliau -- sangat gembira menyambut kelahiran Beliau, dan dialah yang memberi nama Muhammad kepada Beliau. Dan dia juga yang menanggung kehidupan Beliau dan mencurahkan seluruh kasih sayangnya kepada Beliau.

Bangsa Quraisy memiliki kebiasaan mengirim bayi-bayi mereka kepada wanita-wanita di luar kota Makkah untuk disusui, agar mereka menghirup udara yang bersih dan segar di tengah-tengah penduduk 'Arab yang masih murni bahasanya, dengan harapan agar bayi-bayi itu tumbuh sehat, kuat dan memiliki kemampuan berbahasa yang baik.

Begitu-pula halnya dengan 'Âminah, ibunda Beliau yang segera mengirim Beliau untuk disusui kepada seorang wanita bernama Halîmah dari keluarga Banî Sa'ad bin Bakar, yang bertempat tinggal di Sahara, dekat kota Makkah.

Beliau tinggal bersama Halîmah dan keluarganya sampai usia lima tahun, kemudian Beliau dikembalikan kepada ibundanya di Makkah, maka Beliau pun kembali berada dalam asuhan ibundanya dan juga datuknya.

Pada waktu yang sama, ibunda Beliau ingin mengajak Beliau bepergian ke Madînah, untuk menziarahi maqam ayahandanya. Sebuah perjalanan yang cukup jauh dan melelahkan, terutama bagi Beliau yang masih berusia lima tahun. Maka Beliau pun berangkat bersama ibundanya dan seorang pelayan wanita.

Setelah berziarah ke maqam ayahandanya di Madînah dan tinggal beberapa hari di sana, Beliau pun kembali pulang bersama ibundanya. Namun, di tengah perjalanan ibundanya pun jatuh sakit, dan meninggal di sebuah tempat bernama Abwâ', yaitu sebuah tempat yang terletak di pertengahan jalan antara Makkah dan Madînah. Maka Beliau pun kembali ke Makkah sebagai anak yatim-piyatu dengan ditemani oleh pelayan wanita yang menyertai Beliau. Setibanya di Makkah Beliau pun diambil oleh 'Abdul-Muthalib datuknya, dan tinggal bersama datuknya, yang mengasuhnya dengan kasih sayang yang luar-biasa.

Sekarang Beliau benar-benar merasakan betapa pedihnya menjadi anak yatim-piyatu, tidak memiliki ayah dan ibu. Hal itu mendidik Beliau untuk selalu mengandalkan dirinya, dan secara otomatis mengasah kecerdasan Beliau, serta membuka pandangannya terhadap hakikat kehidupan dalam usia yang masih sangat muda. Dan sudah tentu ini semua merupakan kehendak Allâh yang telah menentukan pilihan-Nya terhadap Beliau untuk menegakkan risalah Islâm di muka bumi.

rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah