(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Wednesday, December 30, 2009

Menjadi Pemimpin Yang "Menjadi"...bangkitlah wahai Da'ie!!!

Konflik dalam kalangan pemimpin merupakan perkara biasa, bukan sahaja di Malaysia , malah di banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Namun, cara dan suasana konflik tersebut diselesaikan adalah yang lazimnya menarik perhatian.

Cara dan suasana konflik juga berbeza diantara satu sama lain. Agak mengecewakan apabila konflik sebegini biasanya berjaya diselesaikan dengan lebih baik dalam kalangan pemimpin bukan Islam berbanding pemimpin Islam itu sendiri. Walhal, panduan dari AlQuran dan Hadis sudah berada di tangan mereka untuk bertindak sebagai pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’.

Sebenarnya terdapat beberapa item yang memungkinkan pemimpin itu untuk benar-benar ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan. Bukan hanya terpimpin dengan selamat di dunia, malah juga di akhirat nanti. Sepertimana pesan seorang guru kepada anak muridnya ; ["Pemimpin yang baik,mampu menjadikan orang yang dipimpinnya sebagus atau lebih bagus dari ia"]

Item pertama pemimpin ialah iman.

Secara ringkas, iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin’.

Imun maknanya kebal daripada maksiat serta kebal daripada sogokan dan pujukan.

Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik.

Amin pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah.

Item kedua ialah ilmu kepemimpinan.


Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Apabila kepemimpinan itu ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap, maka, jika tidak ada ilmu berkaitan kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin oleh mereka.

Item ketiga ialah ’kepimpinan diri’.


Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud ; [“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin”].

Hal ini termasuklah dalam hal memimpin diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan menyalahkan orang lain demi keselamatan diri.

Item keempat ialah ‘kemahiran komunikasi’.

Kerenah orang-orang yang dipimpin mampu ditangani dengan kemahiran komunikasi yang ada. Antaranya ialah, bercakap dengan terang jelas dan nyata serta mudah difahami oleh mereka. Seterusnya, setiap pemimpin perlu berusaha menjadikan dirinya mudah untuk didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol.

Pemimpin juga perlu ikhlas kerana walaupun ikhlas adalah perkara abstrak namun, ia boleh dirasai dengan mata hati. Tindakan juga merupakan suatu cara komunikasi yang efektif berbanding banyak berkata-kata.

Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Item-item lain bagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’ juga ialah apabila sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

Selain itu, mereka juga sentiasa membesarkan Allah dalam setiap hal, memastikan hati dan penampilan luaran sentiasa bersih, serta lebih banyak memberi dengan ikhlas berbanding memberi kerana ingin mendapat lebih banyak. Insha-Allah dengan item-item ini, walau apa-apa sahaja konflik yang melanda kelak, pasti akan mampu diselesaikan dengan lebih baik oleh mana-mana pemimpin Islam. Wallahu’alam.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


sumber:iluvislam

Bangkitlah wahai sahabat.Bangkitlah demi agama yang kita cintai ini.

Dalam Islam, tiada perkataan surender atau menyerah kalah.yang ada cuma dua.. menang sebagai MUJAHID..atau mati sebagai SYAHID

Tuesday, December 29, 2009

keroncong kasih sayang



Jangan mudah melafaz kasih
Kasih itu pada siapa
Jangan mudah melafaz sayang
Sayang itu untuk siapa
Jangan mudah melafaz cinta
Cinta itu pada yang Esa
Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia kan pergi

Cinta yang di hati
Kasih sayang yang hakiki
Kasih yang dicari
Moga Allah meredhai

C/o:
Cintakan Allah dan Rasul-Nya
Suburkanlah di dalam jiwa
Sayang-sayangi keluarga kita
Moga hidup aman bahgia
Jiran tetangga hormat-menghormati
Sesama insan kita berbakti

Semoga Allah memberkati
Hidupnya insan di alam ini
Negara makmur dan diredhai
Mendapat keampunan Ilahi

Thursday, December 24, 2009

Masa Remaja di Mana Dihabiskan?

Assalamualaikum...

terdetik ingin berkongsi sedikit artikel yg dibaca di majalah..dgn tajuk yg tertera d atas..

'MANUSIA yang dihidupkan oleh Allah melalui proses yang unik sehingga mengagumkan para saintis. Sepandai mana pun saintis itu die tidak mampu untuk membuat satu ciptaan lain yang seumpama manusia dengan mengunakan bahannya tersendiri.'

Dengan pelbagai teknologi, kini manusia boleh dibuat dengan melalui proses tabung uji. namun begitu mereka yang membuat manusia dengan tabung uji ini tidak boleh berbangga mereka masih lagi menggunakan bahan atau perkara asas yang digunakan oleh Allah. Air mani lelaki diperlukan sebagai benih yang dicantumkan dengan benih perempuan .selepas disenyawa ia masih perlu dikandungkan didalam rahim perempuan..

Begitu juga dengan penciptaan robot.mereka masih lagi menggunakan bahan ciptaan Allah walaupun tdak mengikut proses d atas. Katakanlah kita boleh menerimanya sebagai kejayaan, namun bagi saintis itu belum boleh berbangga kerana robot itu tidak seperti manusia yang ada had peredaran umurnya:dari bayi, kanak-kanak, muda, dewasa, tua dan akhirnya mati. Selain itu, robot tidak boleh berfungsi dengan baik kalau silap di programkan.

menyedari kelemahan manusia ini, spatutnya mereka menjadi seorang yang beriman dan bertakwa.sepatutnya mereka menjadi orang yang patuh kepada Allah dan melaksanakan perintah-Nya tnpa ragu. Tetapi yang terjadi adalah sebaliknya.mereka sombong dengan kebolehan yang sedikit itu.

Begitulah sikap seseorang yg tidak sedar akan kedudukan diri sendiri, kecuali kalau mereka mendapat hidayah daripada Allah seperti dilaporkan ada saintis yang memeluk islam. Cuma yang menghairankan, setelah mendapat hidayah, bidang sains itu ditinggalkan pula.Alangkah ruginya Islam.

Daripada peristiwa ini kita boleh berfikir sejenak, kalau saintis yang hebat itu setelah diberi hidayah boleh kembali kepada Allah dan ajaranNya, maka apalah susahnya untuk kita melakukan perubahan itu?Bukankah kita sudah menerima Islam?

Ya, daripada hidayah seseorang itu boleh berubah daripada tidak faham kepada faham, daripada tidakIslam kepada Islam. klau begitu soal hidayah adalah soal yang penting. Tetapi timbul lagi soalan , bagaimana untuk mendapatkan hidayah itu?Adakah menunggu sahaja atau kena cari?

Logiknya didunia ini tiada satu pun yang boleh datang sendiri tanpa diundang atau dicari. Allah tidak berikan sesuatu yang berharga dengan mudah tanpa diusahakan kecuali orang tertentu yang diperlukan.Maka kerana itu, hidayah mstila diundang dan dicari. Setelah memperoleh hidayah yang dimaksudkan maka ia mesti dipupuk dengan sebaik-baiknya agar terbentuk manusia yang baik selepas itu.

Jalan untuk mengundang hidayah kepada diri mstilah dengan cara mennjukkan keghairahan seseorang itu untuk membuat persediaan diri. Membersihkan diri daripada dosa dan noda terlebih dahulu. Sesungguhnya barang yang brharga dan baik hanya layak diletakkan di dalam bkas yang bersih.

Akan tetapi untuk mencari hidayah tentulah kna berkerja keras, kena sentiasa bergerak ke sana sini dengan mendampingi orang baik atau tempat-tempat yang baik.Hal ini seperti seseorang yang hendak mencari barang elektrik, mestilah dicari di kedai elektrik juga kedai runcit.

Apabila seseorag it usudah ada kesedaran hidayah itu, maka pengisisan perlu dibuat agar mereka beroleh keselamatan di dunia dan akhirat. Sebagai pengisian yang berguna, Rasulullah s.a.w pernah mengigtkan semua umat Islam supaya merebut lima peluang sebelum dtg lima perkara. Peluang yang d maksudkan ialah:

1. Muda sebelum Tua
kerjakanlah ibadat dan kerja-kerja amal(bukan pertunjukan amal)kerna diusia muda tenaga masih banyak dan tulang masih kuat.Peluang ini untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin maka pada hari tua nanti kerja berat boleh ditiadakan.Cukuplah mengerjakan ibadah fardu atau wajib sahaja.

2. Sihat sebelum Sakit
sewaktu sihat lakukanlah ibadah sunat dan harus dengan sebanyak yang mungkin supaya tidak menyesal rugi kerana tidak dapat melakukan ibadah sewaktu sakit.

3. Kaya sebelum Miskin
sewaktu kaya perbanyakkanlah membuat khairat, bersedekah kepada yang memerlukan dan berbelanja kearah kebaikan.kalau tidak dilakukan pada waktu ini dikhuatiri tidak dapat menderma lagi sewaktu miskin papa.kita belum tahu nasib masa depan kita.

4. Hidup sebelum mati

sewaktu nyawa masih ada buatlah ibadah sebanyak mungkin.buat bekalan sebelum menemui Allah.jangan setiba di alam kubur menyesal kerana tidak beramal sebagaimana diperintahkan.

5. Lapang sebelum sempit
sewaktu lapang daripada sebarang kerja maka banyakkan lah amal ibadah sunat apatah lagi wajib.ingatlah, sewaktu sibuk ibadah tidak boleh dilakukan kecuali kerja hari itu dijadikan ibadah.

Pengisian ini hendaklah dilakukan dengan baik agar kita tergolong dalam golongan beriman kepada Allah.

Allahu'alam..Assalamualaikum

Tuesday, December 8, 2009

kempen anti couple...wajarkah diadakan disekolah

jawapan-jawapan yang diberi tentang cinta yang dianggap indah...memberi kebahagiaan sementara...kata lain, cinta monyet

Apsal korang ‘kapel’?........
-sebab nak lebih disayangi..
-supaya ada orang peduli…
-ntah….sebab sayang sangat2 kat ‘si dia’ kot….
-ntah la…rse cam best…
-x de objektif, cuma suka sama suka
-suka2...kesian tengok...
-main-main
-kenal 'dia' dengan lebih rapat


Kebaikan/kelebihan yang korang dapat kalau ‘kapel’ nih…
-dapat barang…
-rasa lebih disayangi
-x de kot
-bagi semangat
-pemberi semangat time sedih
-dapat barang free
-kenal lebih rapat
-memberi rase sense of belonging, saling ingat mengingati hal agama
-dapat jalan-jalan, minum-minum
-dapat kenal hati budi


Kekurangan/keburukan ‘kapel’….
-sakit hati bila ditinggal/dilukakan
-disentuh oleh………..
-rindu sangat2 kalau dok berjauhan..
-dapat dosa
-dipandang serong
-slalu kne lecture[bosan]
-slalu ditegur
-kne cop playgirl...x ske..:(
-buang masa
-rse malu gak sbb pnah kapel
-menyakitkan hati
-x tau


Nak lebih disayangi??kurang kasih sayang ker?
-x..la jgk…
-ye…rasa x de orang layan
-yup
-ntah...mungkin sebab prnh rase t'pinggir


Adakah kasih korang lebih kepada ibu bapa atau ‘si dia’
-mestilah ibu bapa diutamakan…
-of coz la mak ayah…
-‘si dia’ sayang jgk…tp mak ayah be the first

Korang sayang kat ‘si dia’?
-mestila…
-ntah la..no feeling
-

Adakah ‘si dia’ sayang kat korang….??pasti ke??buktikan…
-ntah…
-mesti la..dah dia cakap sayang…
-Sayang kot…sebab dia selalu bagi barang..
-x tau..'dia' just cakap


monyetnya cinta…cinta dinilai dengan harta dunia..dengan ucapan sayang yang di ucapkan oleh mulut seorang lelaki…rela disentuh demi mendapatkan cinta konon ‘cinta sejati’. Memang cinta itu buta..ia boleh membutakan hati manusia…cinta kat ‘si dia’? ‘si dia’ boleh bagi apa? Skolah pun x abis lagi……indahnya kasih manusia..tapi sesungguhnya tugas kita dimuka bumi Allah adalah untuk mencari Redha-Nya…bukan Redha manusia…mencari Cinta-Nya…bukan cinta manusia..

Mengapa ade kempen anti buli ,tapi x de kempen anti ‘couple’? adakah kerana buli terlalu meleluasa… kasih-berkasihan pulak bagaimana?apa pandangan kita pada permasalahan ini. Mungkin ia dipandang remeh. Bukan luka pun, bukan sakit pun, bukan mati pun.. tapi wajarkah martabat islam tercemar dengan perbuatan terkutuk ini.
Kalau nak adakan kempen anti couple@ anti dating di sekolah …apa pendapat anda ? sila tinggalkan pandangan ..ataupun berikan cadangan kempen ini boleh dilaksanakan dengan berkesan. Bersama-samalah kita berjuang untuk islam…kalau bukan kita siapa ?kalau bukan sekarang bila?


wajarkah kempen anti 'couple'@anti dating dijalankan disekolah?
apa pendapat anda...tinggalkan jawapan anda...dan beri pandangan @ cadangan pelaksanaan di laman komen. diharap dapat sama-sama berjuang demi agama yang kita cintai ini..
sangat wajar
tidak wajar
tidak perlu
uggs on sale

Sunday, December 6, 2009

Pemimpin Negara Menyapu Baitul Mal

Selepas membaca tajuk diatas, mungkin diantara anda yang menyangkakan perkataan itu sebagai kiasan bagi seseorang yang mengaut harta milik negara atau kumpulannya. Akan tetapi perkataan tersebut bererti menyapu yakni membersihkan sampah atau habuk-habuk didalam sesuatu bangunan. Begitulah yang dilakukan oleh Khalifa Ali bin Abi Talib pada suatu hari ketika kaum Muslimin di Baitul Mal sudah habis.

Agar semua orang tahu bahawa di Baitul Mal sudah tidak ada apa-apa lagi harta, Khalifa menyapu lantainya dan kemudian mengerjakan solat didalamnya. Dengan cara ini apabila ada seseorang datang untuk minta bantuan, didapatinya Baitul Mal sudah kosong, yang ada hanya pemimpin nya saja yang sedang solat.

Diceritakan pula bahawa suatu ketika, Khalifah Ali kelihatan memegang sebuah gelas di tangannya dengan sangat behati-hati agar isinya tidak tumpah.Seseorang lelaki datang melihatnya, ternyata gelas itu berisi susu yang suah mengeluarkan bau busuk kerana terlalu lama.

"Apa yang engkau pegang dengan sangat berhati-hati itu wahai Ali?"tanya orang itu

"susu"jawab Ali

"Apakah engkau minum susu yang sudah berbau busuk itu?"Tanya orang itu lagi.

"Diamlah engkau.Aku pernah lihat Rasulullah saw minum susu yang baunya lebih busuk dari ini"Kata Ali bin Abi Talib

Saturday, December 5, 2009

Mari Mengenal Rasulullah S.A.W (2)

-Rambut baginda terbelah di tengah
-Dada baginda bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara bahunya lebih daripada biasa
-Pergelangan tangan baginda lebar, tapak tangan lebar, jari besar dan tersusun dengan cantik
-Tapak tangan baginda bagai sutera yang lembut
-Warna kulit baginda putih kemerah-merahan
-Badan baginda lebih cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan orang ramai
baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah