(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Sunday, September 12, 2010

Hidup kita:Dari mana?hendak ke mana?

Assalamualaikum sahabat..

sedikit ilmu yang ingin dikongsikan bersama.moga-moga apa yang dicoretkan membawa makna, memberi pengetahuan walaupun sedikit.sesungguhnya ilmu Allah itu terlalu banyak..

Pernahkah kita terfikir walau sedetik, dari mana kita?apa tujuan hidup kita?kita ni nak ke mana akhirnya?tercapaikah misi kita?terlaksanakah amanah serta tanggungjawab kita?

seharusnya kita faham tujuan kita dilahirkan kedunia..

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
(Al-Baqarah:30)

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Az-Zariyat:56)
Allah juga kurnikan kepada kita..nikmat yg teramat banyak..tp masih ada yg mendustakan..

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
(Al-A'raf:10)

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
(Ar-Rahman:13)



ingatlah.."Keburukan di dunia..langsung tidak mengurangkan kerajaanNya..dan kebaikan didunia juga lansung tidak mengurangkan kerajaanNya"

adakah kita membawa dan membina kehidupan bersama roh ketika di dunia. mungkin dalam solat kita tidak membawa roh bersama sembahyang. ya, kita mengucap sendirian lahiriah sahaja. maka berkatalah roh kenapa aku tidak di bawa mengucap sekali semasa dikau sembahyang. tidak kah kita tidak berlaku adil? masa kita bekerja kita tidak bawa dia bersama bekerja. maanusia yang ingat ingatlah akan dia. mana yang tidak tidak lah di bawanya. adakah kita ingat dunia dengan mengingati syuga dan neraka? takut ia merupakan penghalang kepada diri dan ruh seseorang. sesungguh takut tidak menjanjikan apa apa kemenangan baik kepada kehidupan dinia mahupun syurga. kerna Allah maha menyaksi.

Al fatihah sahaja merupakan kunci dan gedung kepada keimanan. dari ayat pertama sehingga ayat tujuh. setiap hari di baca. tetapi adakah kita mengikuti keperluannya dalam tingkah laku dan roh setiap hari. namakan sahaja, adakah kita selesa bila terlepas niat bila nak mula berbuat sesuatu. adakah kita masih selesa bila nikmat yang diberkan kepada mereka bukan kpd mereka yang engkau murka dan bukan mereka yang sesat.????

Keberanian yang tidak menjadi nikmat juga merupakan sesuatu yang tidak selesa kepada sesiapa jua. Kebiasaannya manusia merupa dan menturuti keperluan lahiriah dan sainsnya sahaja. Jika sudah di ulang beribu kali al fatihah dalam kehidupan sembahyang mahupun tidak adakah al fatihah tadak memberi sumbangan terbesar untuk berdaya maju. apakah objektif kehiudupan yang allah berikan tidak sama dengan objektif kehidupan sekular? kita sudah berada pada zaman yang mentediakan pelbagai cabaran dalaman dan luaran.

Adakah kita perlu menangani cabaran dengan kesedihan yang boleh merentap jiwa dan roh? kesedihan, ketakutan, keraguan boleh meragut kekuatan al fatihah dalam kehidupan harian. al fatihah merupakan sesuatu yang hidup tetapi lahirah manusia tidak lemah fisiologinya. umumnya, lain orang nampak nampak kenegatifan kita. Muhammmad tidak pernah dipandang jengkel dan tiada siapa dapat menduga kekuatan nya. sentiasa di takuti dan di geruni walaupun luaran, lahiriahnya lembut, sopan dan penuh tertib.

kadang kadang kita sendiri yang mencipta kemelut dan salah tanggapan sedemikian. Untuk membetulkan salah tanggapan, nau zubillah teramat susah. Susah untuk keluar daripadanya. Sehingga membawa padah. Definasi kemelut sedemikian mempunyai parameter sebab musabab yang tersangat luas. perlu di teliti sebaik mungkin.

Maka perjalanan manusia yang setakat kita paham dan tidak melaluinya, tidak merasai susah senangnya ibarat tiada apa-apa. Sambil buat..sambil amal ketika itu belajar dan berusaha. Sama juga, sambil belajar kita buat dan amalkan dan ketika itu kita memperbaikinya. Sekularisma, belajar dulu tetapi setelah tamat belum tentu kita mengamalkannya.

Kita sendirilah yang membina 'the importang area in life'. The important area to Allah are Iman, berkat, ikhlas dan benar. Hanya mereka yang benar-benar melalui ikhlas dan benar yang tahu betapa perit dan getirnya..selagi kita tidak melaluinya..kita tidak akan punya pengalaman itu..
kita sekadar mendengar keajaiban dan kejutan sahaja yang kita rasa sudah mencukupi untuk mematangkan proses peta hidup kita..

*sumber: dakwah info

Friday, September 10, 2010

Trilogi ibnul Qayyim

1.Penyakit dan ubatnya

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap penuh kepada Allah s.w.t. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya.

Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.”

Pernahkah anda merasakan makna – makna spiritual ini sebelumnya?
Di dalam hati ada robekan, keterasingan, kesedihan, kegelisahan, dan gejolak api… ada pelbagai penyakit yang ubatnya tiada lain hanyalah dengan “mengenal Allah”.



2. Pancaran Hati

Berikut ini beberapa nilai spiritual yang akan dijelaskan dengan mudah oleh Ibnul Qayyim rahimahullah. Ketahuilah, setiap kali hati anda mampu menangkap makna – makna ini dengan baik, setiap kali pula hati anda akan bersinar cerah, jiwa dan batin anda pula berseri bahagia.

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya kepada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih – kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang lain pergi mengadap raja – raja dan para pembesar mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikanlah dirimu betul – betul mencintai Allah.”

Sungguh, inilah kata – kata yang muncul dari dalam sanubari dan keluar meluncur dengan kuat. Saya rasa anda sekarang masih baik – baik saja, sebab anda telah bersiap menerima kata – kata ini, dan persiapan anda juga merupakan persiapan yang kuat. seluruh perasaan dan kepekaan berhimpun dan bergejolak membuat hati bahagia. Seluruh gejala ini membentuk sebuah kenyataan alami yang indah, yang bernama “kecerahan hati”.

3. Perindu Syurga

Ibnul Qayyim rahimahullah juga mengenengahkan sebuah trilogi sikap dengan begitu indah. Apabila anda membaca dan menyimpannya dengan baik di dalam hati, reaksi yang muncul akan begitu cepat tidak seperti yang anda sangkakan.

Beliau mengatakan, “Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang, meskipun engkau terusir. Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meskipun engkau tertolak. Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tak diundang. Kemudian, tadahlah tanganmu di gerbang dan segeralah berkata, ‘Tolonglah, saya adalah orang miskin. bersedekahlah untuk saya….!”

Saudaraku, bacalah kata – kata di atas sekali lagi, dan selamilah betul – betul maknanya. Ketahuilah, lautan ini amat dalam, dan mutiaranya terletak didasar yang paling dalam!

Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang, meskipun anda terusir!
Anda ingin menangis ketika solat tetapi anda tidak boleh. Anda ingin meraih kekhusyukan, tetapi anda tidak tahu bagaimana caranya. Jangan pernah berhenti dan berpatah harapan.

Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meskipun anda tertolak!
Anda pernah membuat maksiat lalu anda bertaubat dan memohon ampunan, tetapi kemudian anda kembali melakukannya. Saat begitu, jangan pernah berhenti untuk memohon ampun.
Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tak diundang! Ada pengajian di masjid sana, pergilah bersama para jemaah, teruslah bersama orang – orang yang rajin membaca dan merenungi Al – Quran. Apakah anda pernah merasakan manisnya nilai – nilai ini sebelumnya? Sungguh, kata – kata ini di dalam hati berubah menjadi nyawa, sehingga hati pun menjadi hidup.

Demi Allah, katakan dengan jujur, bilakah kali terakhir anda merasa khusyu’ mengadap Allah? Bilakah terakhir kali anda bersujud memohon kepada Allah agar kemanisan rasa khusyu’ ini tidak pernah akan berakhir?

Saudaraku tercinta, siapkan diri anda untuk meraih nilai – nilai ini. tempatkan dan hormatilah kekhusyu’kan sebagaimana semestinya. Saya sekarang yakin dengan anda! Sebab hal seperti ini tidaklah mustahil bagi seorang “perindu syurga”.

*sumber:dakwah info

Thursday, September 9, 2010

Adakah cinta sebelum nikah??

sekadar perkongsian...harap sedikit sebanyak boleh membantu kita memahami...apa itu cinta..



sahabatku..peliharalah cinta..cinta itu indah..


Tiada cinta sebelum nikah.

No love before akad.

Cinta hanya selepas kahwin.

Dan bla bla bla bla bla….

Ayat yang seringkali aku baca, dan sering kali aku dengar.

Tetapi, aku tak pernah sama sekali setuju dengannya.

Kerana pada aku, cinta sebelum nikah itu ada.

Aku kira, yang patut tiada sebelum nikah adalah hubungan intim seperti suami isteri. Cinta, pada aku, sebelum nikah lagi memang sepatutnya perlu diwujudkan.

Oh, lainlah kalau definisi cinta kamu, telah kamu rendahkan dengan menganggap ‘bercinta’ itu adalah ‘bercouple, pegang-pegang tangan, berhubungan tanpa batas’ dan sekutu-sekutunya.

Maaf. Cinta aku mahal, dan tidak serendah itu.

Sebab itu cinta aku yang mahal itu, wujud sebelum bernikah lagi.


Cinta yang sebenar

Couple itu maknanya cinta? Hubungan intim lelaki perempuan yang bukan mahram tanpa batasan itu cinta?

Maaf. Jika kamu panggil itu sebagai ‘bercinta’, tandanya kamu telah menjatuhkan harga cinta. Untuk aku, itu semua bukan cinta. Cinta adalah suci. Bersih. Dan ianya membawa ke syurga.

Cinta mestilah dibina dari keimanan, dan dicari berlandaskan petunjuk Allah SWT.

Cinta adalah perasaan, yang wujud di dalam jiwa dan diterjemahkan dalam bentuk amal.

Menolak sahabat ke dalam api, itu bukan namanya akung sahabat, walaupun sebelum menolak sahabat itu ke dalam api, sudah 1000 kali diucapkan: Ana saynag enta, sahabat ana.

Melempar pasangan ke dalam neraka, dengan melanggar arahan-arahan Allah, itu bukan namanya bercinta. Walaupun kamu sering gunakan perkataan ‘cinta’ dalam hubungan kamu.

Cinta lebih suci dari apa yang kamu jangka.

Dan ‘cinta’ yang asli ini, tidak sepatutnya diharamkan sebelum bernikah.


Cinta sebelum kahwin

Kalau benar cinta kepada pasangan kamu, maka kamu akan menjaga diri kamu dari laranganNya. Kamu tidak akan melempar pasangan kamu ke neraka dengan mengajaknya bermaksiat kepada Allah SWT.

Kalau kamu benar cinta, kamu akan meminta petunjuk Allah dan berkira-kira. Kamu akan list pro dan kontra serta muhasabah kembali perasaan yang hadir di dalam diri kamu. Kemudian bila benar-benar sudah tetap hatinya, lanjutkan dengan lamaran tanda kamu benar-benar serius. Yang lelaki boleh terus kepada keluarganya, yang perempuan boleh menghantar wakil untuk bertanyakan lelakinya.

Tapi pastikan kamu benar-benar siap. Bukan istikharah semata-mata. Tetapi ada perancangannya juga. Perancangan dunia kamu, dan perancangan akhirat kamu. Ini kalau kamu benar-benar cinta.

Kamu berhubungan atas perkara yang sangat-sangat-sangat penting sahaja dan kamu tidak berlengah-lengah dalam meninggalkannya ketika urusan selesai.

Untuk lelaki, kamu bina hubungan yang erat dengan kedua ibu bapanya, dan adik beradik lelakinya, untuk berta’aruf dengannya.

Untuk perempuan, kamu bina hubungan yang erat dengan ibunya dan adik beradik perempuanya, serta saudara mara perempuan yang dia ada untuk berta’aruf dengannya.

Kamu siapkan diri kamu untuk menjadi suami@isteri yang baik untuk pasangan kamu. Kamu tekankan pada diri kamu untuk lakukan perubahan dengan memandang bahawa kamu mesti hendak membahagiakan pasangan kamu sebahagia-bahagianya. Dan apakah yang lebih bahagia dari mendapat keredhaan Allah dan masuk ke syurga bersama-sama?

Dan pantaskan urusan perkahwinan kamu. Jatuhkan dengan segera perkara-perkara yang menghalang perkahwinan kamu dari berlangsung dengan cepat. Itu satu tanda cinta.

Kalau kamu tanya akan cinta aku.

Maka cinta aku begitulah.


Kamu yang syok sendiri tanpa memahami cinta

Kamu-kamu yang bercouple dan memusnahkan erti cinta yang sebenar, aku terkilan dengan kamu.

Kamu-kamu yang bercinta dengan cara yang salah, aku terkilan dengan kamu.

Hal ini kerana, wujudnya kamu dan kesalahan kamu, membawa kepada orang-orang tertentu mengharamkan terus cinta sebelum wujudnya pernikahan.

Kamu-kamu yang mengharamkan terus segala jenis cinta sebelum nikah, aku juga terkilan dengan kamu.

Islam datang mengajar kita mengawal perasaan. Bukan menghapuskannya.

Jadi yang halal diharamkan hanya kerana ada yang salah menggunakannya.

Maka sepatutnya dididik bagaimana untuk bercinta dengan sebenarnya.

Apakah jika ada orang belajar untuk membuat nuklear dan mengebom sesebuah tempat, maka ‘belajar’ itu diharamkan dan matapelajaran ‘nuklear’ itu patut diharamkan?

Semestinya tidak.

Apakah apabila Allah menimbulkan rasa cinta di dalam jiwa seseorang, kamu hendak menyalahkan Allah atas perasaan cinta yang Dia munculkan?

Maka sepatutnya kamu, membina satu garis yang jelas. Antara cinta, dan ‘cinta’.

Bukan hanya syok sendiri dengan ‘cinta suci’ buat ‘golongan kamu’ sahaja.


Aku tidak menghalalkan yang haram, juga tidak mengharamkan yang halal

Aku di sini bukan hendak menghalalkan yang haram. Aku nyatakan di sini, couple dan segala apa yang Allah larang, untuk aku itu semua bukannya cinta. Justeru apabila aku katakan cinta, couple tiada kaitan dengannya. Keluar berdua-duaan tiada kaitan dengannya, bergayut dalam telefon tiada kaitan dengannya. Sms-sms tak ada makna, atau sms-sms ‘tazkirah bohong’ tak ada kena mengena. Salut-salut nama ‘dakwah’ untuk meng’halal’kan perhubungan juga tak ada kena mengena.

Cinta yang aku kata ini, bebas dari semua itu.

Aku juga tidak akan sesekali mengharamkan yang halal. Sebab itu aku berdiri di sini dengan pegangan ini.

Untuk aku, yang halal bila disalah guna, benar ia menjadi haram.

Maka masalah di sini bukanlah yang halal itu.

Masalah di sini adalah ‘pengawalan’ itu.

Sekelompok manusia yang gagal mengawal, itu bukan bermakna ia haram untuk semua manusia. Lainlah perkara itu jelasnya haram secara qat’i, sebagaimana arak. Walaupun mungkin sekelompok sahaja yang mabuk, tetapi ia tetap haram kepada semua.

Cinta yang hakiki, bukannya arak!


Lihatlah dia, lihatlah kesederhanaannya

Guruku, mudirku, Ustaz Dahlan Mohd Zain, pernah satu hari membicarakan hal perkahwinan dan hubungan sebelum kahwin di dalam kelas. Keluar dari pelajaran kami yang sebenarnya, Fiqh Sirah Nabawi pada hari itu.

Lihatlah antara soalan yang muncul, dan bagaimana sederhananya jawapan dia.

“Ustaz, boleh ke kata cinta pada tunang kita?”

“Boleh, tapi kena benar-benar dengan cinta yang betul la. Bukan main-main”

Maka aku terjemahkan ‘benar-benar dengan cinta yang betul,’ itu, adalah apabila ia dipandu keimanan, di atas syara’, dan kena pada keadaan serta keperluan pengucapan itu. Bukan diucap atas dasar nafsu, atau semata-mata kerana rindu, atau kerana ingin bermanja-manjaan.

“Ustaz, boleh ke nak jumpa tunang?”

“Boleh, tapi kenalah bawa keluarga sekali. Ajak mak ayahnya makan bersama ke. Masa tu jumpa la.”

Bukannya tidak dibenarkan berjumpa langsung.

Tetapi ada caranya. Ada ketikanya. Ada adabnya.

Ustaz Dahlan mengajar aku, untuk tidak mengharamkan sesuatu yang halal, tetapi melihat apakah yang membawa kepadanya menjadi haram, dan membasmikan masalah itu.

Dan jawapan-jawapannya adalah jawapan yang menyenangkan jiwa. Lihatlah uslubnya.

“Boleh…” Mendengar jawapan ini terlebih dahulu, jiwa jadi lapang. Oh, Islam ini tidak berat ya…

“Tapi kenalah…” Dan syarat selepas itu menjadi ringan untuk dilakukan kerana hendak mencapai ‘boleh’ tadi.

Ustaz Dahlan, secara tidak langsung, menundukkan nafsu pada kawalan syara’ hanya dengan jawapannya yang mudah itu. Dan jawapannya sesuai untuk umum. Bukan hanya untuk orang dakwah sahaja, bukan hanya untuk yang tidak belajar agama sahaja. Jawapannya betul untuk semua.

Dan aku hidup dengannya, menyerap segala didikannya, jadilah aku sebagai aku.

Dan jadilah cinta aku seperti ini.


Penutup: Kamu, jangan murahkan cinta, dan memandang rendah kepadanya

Kamu, jangan murahkan cinta dan memandang rendah kepadanya.

Jangan kamu salahkan cinta kerana kesalahan-kesalahan kamu atau orang lain.

Kalau kamu lemah hendak mengangkat cinta pada pundakmu, maka kuatkanlah dirimu itu. Bukan memandang rendah orang lain, atau meyalahkan orang lain, yang bercinta dengan cintanya yang betul.

Aku tidak mewajibkan cinta sebelum nikah. Tetapi yang aku ingin jelaskan di sini adalah, jika ia wujud, maka itu bukan satu kesalahan. Yang perlu adalah pengawalan agar ia tidak keluar dari definisi cinta yang sebenar.

Definisi cinta aku adalah = ingin masuk syurga bersama.

Apakah cinta kalau melempar pasangan ke neraka?

Untuk aku, inilah dia kefahaman aku. Inilah dia cinta aku.

Oh ya, dan aku belum bernikah.

*sumber:Hilal Asyraf-->langitilahi.com

sahabat2 ku..peliharalah cinta..cinta itu indah..tp jgnlah dicemari dgn kemaksiatan..
cinta x tak salah..tp salah bila menyalahgunakan cinta..
salam 1 aqidah!!
assalamualaikum..^_^

Friday, September 3, 2010

Salam Lebaran buat Warga SAINSrI...

Salam Lebaran...

Bonda Pengetua, Pn Hjh Serina bt Sauni....
Selamat Hari Raya..sama2 muhasabah diri tentang kelebihan dan kelebihan dan urus diri & keluarga semoga pelajar SPM & PMR mencapai kecemerlangan yang hebat. Jaga diri, keselamatan, selamat bercuti..kepada pelajar PMR & SPM, jgn lupa utk ulangkaji..

Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, En Nor Hisyam Yusof....
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua warga SAINSri. para pelajar, guru dan staf semoga lebih ceria pada hari raya tahun ini..jangan lupa kembali ke sekolah lepas cuti raya nanti..

Warga pendidik:

Selamat Menyambut Hari Raya untuk guru dan pelajar Islam. Jaga kesucian hari raya dan Syawal dengan menjauhi maksiat dan larangan Allah. Maaf Zahir dan Batin.
(Ustaz Muzaha Mohamed)


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga SAINSri. kepada pelajar ting 3 dan 5 pastikan membuat ulangkaji dan banyakkan solat hajat di malam2 terahir Ramadhan.
(Ustaz Surjana)

Selamat Hari Raya Aidilfiri kepada semua warga SAINSri. jaga diri baik2 dan jangan lupa tunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam.
(Ustazah Rokiah)

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SAINsri maaf zahir dan Batin.
(Ustazah Aieda Normezan)

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua warga SAINSri.
Maaf Zahir Batin.
(Ustazah Umi Bashirah)

Salam Lebaran. Semoga bahagia di hari lebaran bersama keluarga tersayang..bagi pelajar F3 & F5,jgn lupa study =)
(Pn Nordalina Ismail)

Selamat Hari Raya..maaf zahir batin. Jangan lupa Study.
(Cikgu Tengku Effat)

Selamat Hari Raya & maaf zahir batin. Jangan lupa!!ulangkaji dan duit raya utk cikgu....
(Cikgu Qaisarah Abdullah)

Jangan main mercun, jaga kesihatan..selamat hari raya, maaf zahir batin..
(Cikgu Azmar Mizam)

Cuti-cuti jugak, tapi belajar jangan lupa. Selamat Hari Raya..maaf zahir dan batin.
(Cikgu Mutalib)

Salam Aidilfitri buat seluruh warga SAINSri..maaf atas segala kesilapan.
(Cikgu Azma)

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga sainsri..maaf zahir & batin
(Cikgu Norhayati)

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SAINSri maaf zahir dan Batin.
(Cikgu Musfirah)

Wish all of SM Sains Miri students Selamat Hari Raya and Happy Holidays..
(Cikgu Dayang Zullina)

Salam Aidilfitri utk semua warga SAINSri.semoga berbahagia bersama keluarga tersayang
(Cikgu Ali)

Salam Aidilfitri utk warga SM Sains Miri. Maaf Zahir Batin. Selamat berhari raya bersama yang tersayang. Jgn lupa balik ke sekolah semula
(Cikgu Muhammad)

Salam Aidilfitri utk warga SM Sains Miri.
(Cikgu Lily Kawi)

Andai jemari tak sempat berjabat..andai raga tak dapat bertatap..seiring berdua yang menggema seruan takdir yang berkumandang..kuhulurkan salam menyambut Aidilfitri..jika ada kata serta khilafku..membekas lara mohon dimaafkan..
(Cikgu Nazmi)

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jaga keselamatan diri semasa menyambut perayaan. Gunakanlah masa perayaan ini utk muhasabah diri dan memohon kemaafan daripada ibu bapa,ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang telahpun dilukai. Semoga perayaan ini memberi seribu satu makna kepada diri anda. Sekian, terima kasih
(Cikgu Badrul)

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan Batin..Raya,raya jugak..kerja rumah jangan lupa..
(Cikgu Norazmawani)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua warga SAINSri. Semoga bergembira sentiasa bersama keluarga. Last, jaga diri.hiasi peribadi.syg selalu..
(Cikgu Dayang Aisyah)

Selamat Hari Raya kpd guru,semoga pd hr lebaran dpt mmberi sinar. Maaf zahir dan batin.
(Cikgu Safari)

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & batin. Semoga kedatangan syawal ini membawa seribu rahmat dalam hidup.
(Cikgu Rodzlina)

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua warga SAINSri. Maaf Zahir Batin.
(Cikgu NorSyamsyafikhoh)



Wakil Pelajar:

Selamat menyambut bulan Syawal..kami dr badan nuqaba' SAINSri ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua pelajar, guru-guru daan juga staff sekolah..semoga bulan syawal ini memberi kenangan manis buat kita semua..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..
raya, jangan tak raya...!!!
(Wafri Wasli, Ketua Naqib)

For my cameraderine, teachers and to all family in SAINSrian...Happy raya Day!!!

Hope thia eid will bring joyfulness to all of us..
n HOPE this special ramadhan Al-Mubarak will meet us again nexy year..
Please dont play fireworks,
But,
make and boom ur 'bamboo meriam'
><
All said and done,
Face the kiblat,
face the future..
Love my SAINSri!!!

Nothing gonna change if we do not change and Islam will always on its original way if we follow Prophet Muhammad sunnah dan kalamullah, Al-Quran...
Selamat Hari Raya!!
(Mohd Muzani,Pen. Ketua Naqib)


Selamat ari raya =) sori kalo ada buat salah..jaga diri, jaga solat.
(Nurfarahin Suariani, Ketua Pelajar Puteri)

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menjalankan ibadat puasa. Buat semua muslimin dan muslimah SAINSri, jaga diri dan paling penting..jaga solat. sama2 kita majukan Islam di bumi SAINSri..wassalam=)
(Nur Fathiah,naqibah)

Assalamualaikum
tidak lain..tidak bkn..Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat mnjalani ibadah puasa buatsetiap org yg mengucap kalimah syahadah. Dlm kita beraya, jgn lupa pd yg Maha Esa.igtlah hidup ini hanya sementara. Akhirat yg abadi. Raya yg sebenar ialah apbl kita berjaya masuk ke syurga Allah swt.Berjuanglah dijalan Allah.jihad fisabilillah.Jangan gaok2..ok.
akhir kata,
jangan cuba bermain mercun,
Kelak sik dapat menyambut raya,
10 jari kamek susun,
Selamat Menyambut Hari Raya
sekian,salam
(Nur Amirah Z,naqibah)

*Ramadhan hampir berakhir, diharap terampunlah dosa2 kita pd buan yg mulia dan penuh rahmat ini. Kita memohon ampun, kita meminta maaf..tp hak memberi keampunan dan kemaafan itu hanya ada pd Allah.
Jatuh dan luka itu menyakitkan..tp kita tidak akan terlepas dari kesakitan jika tidak bangkit mengubat luka. Kesilapan itu lumrah manusia..Kesilapan sering mengajar kita..tp..sejauh mana kita mengambil pengajaran darinya??
muhasabah diri...periksa hati..sucikan hati dgn mengingat Allah..jgn sesekali takabur..sujudlah bilamana kita disuruh sujud..namun, bila disuruh sujud..ramai yg ingkar..x sedarkah dari mana dtgnya kita??x sedarkah asal kita??

'Dia mnciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar'
(Ar Rahman:13)

Sedar sebelum kita terlambat..ajal x kan pernah menunggu kita walau sesaat..mungkin belum sempat terbit pun matahari 1 syawal,kita dipanggil Ilahi..mungkin, disaat ini kita sdg bahagia bersama2 keluarga tersayang..mungkin di saat ini kita sedang sibuk menyediakan persiapan hari raya yg bakal menjelang tiba...
setiap insan dimuka bumi ini dilahirkan dengan tanggungjawab dan amanah dr Allah..kita mempunyai peranan dlm membangunkan Islam di muka bumi SAINSri..didikan dan tarbiah itu biarlah berterusan walau pelbagai dugaan dan cabaran yg menimpa..sesungguhnya, Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan apa yg mereka tidak mampu pikul..
akhir kata, Selamat meneruskan ibadah puasa..penuhkan hari2 terakhir Ramadhan kita dengan ibadat utk mndapat redhaNya..Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..Puasa bulan ibadat..tp Syawal bukan bulan maksiat..istiqamah dalam ibadah dan perubahan...
Syukran..Salam 1 Aqidah..
**ieyba^_^**






Lembaga Nuqaba' SAINSri 10/11

Ketua Naqib:Wafri bin Wasli

Pen. Ketua Naqib:Mohd Muzani bin Saperi

Ketua Naqibah:Afirah bt Ali

Pen. Ketua Naqibah:Laeeba bt Haslan

Setiausaha:Nur Amirah bt Zakaria

Bendahari:Nur Fathiah bt Waziralilah

Naqib-Naqibah:

  • Mohd Nadzirul bin Abdul Rahni
  • Nazmi Naqiuddin bin Abdul Aziz
  • Mohd Amirul Hadafi bin Abdullah
  • Fathie Khairullah Hisyam bin Rabie
  • Azfar bin Jaafar
  • Mohd Izwan bin Nariman
  • Mohd Nabil Fikri bin Rajeli
  • Mohd Omar b Mohd Hafeez
  • Mohd Syafiq bin Sapri
  • Mohd Ramzi bin Fauzi
  • Mohd Aizat bin Abdul Malik
  • Hasbullah bin Abdul Rahman
  • Khairidz Fadzillah bin Osman
  • Muhd Ariff bin Jamil
  • Mohd A'sim bin Yusree
  • Mohd Azran bin Mustapha

  • Mahfuzah bt Yahya
  • Nurhafizah bt Ismail Nasiruddin
  • Raodah bt Hussin
  • Siti Nabilah bt Abu Bakar
  • Nurazureen bt matnin
  • Fadhliah bt Basrah
  • Aqilah Batrisya bt Rajak
  • Najihah bt Yahya
  • Azilah bt Jahari
  • Siti Nur Saidatol Salbiah bt Julkipli
  • Nazzatul Nadhirah bt Zuliddie
  • Siti Hajar bt Mohd Hafeez

rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah