(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Tuesday, April 27, 2010

Anak kecil:RM 10?

"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan. Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.
"Kenapa, ayah?" tanyanya.





"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.
"Koyak duit itu sehingga lumat."
Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.
"Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya.
Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya.

Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata,

"Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini." "Apa?!" Ameen ternyata sangat terkejut.
Setelah banyak dia berkorban untuk mendapatkan hasil jualannya, senang-senang saja ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit jualan itu.

"Tak mahu! Ini hasil titik peluh saya! Mustahil saya akan mengoyaknya!"

Mengapa pelik anak kecil bernama Ameen itu? Ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit yang sama nilainya. Tetapi, Ameen tidak rela mengoyak duit kedua berbanding duit pertama yang diperolehinya. Itulah tamsilannya dalam dunia umat Islam sekarang.
Agama Islam memerlukan pengorbanan. Dengan adanya pengorbanan, seseorang akan berasa memiliki beragama. Kita lihat kisah sebentar tadi. Disebabkan RM10 yang diberikan Ruslan diperolehi Ameen tanpa usaha (pengorbanan), maka Ameen langsung tidak marah ketika mengoyaknya. Tetapi ketika RM10 yang diperoleh dari pengorbanan, susah payah, dan keringat Ameen menjual ais potong, maka dia berasa sangat marah apabila disuruh mengoyaknya.

Sunday, April 18, 2010

Mekah Jahiliyyah-Era Kebodohan

Pada umumnya, istilah jahiliyyah (جاهلية) selalunya di sinonimkan kepada suatu zaman iaitu zaman arab jahiliyyah, yang berlaku sekitar sebelum perutusan Muhammad s.a.w sebagai rasul. Ungkapan ini juga dikhususkan kepada bangsa Arab yang mendiami kawasan tanah Hijjaz atas beberapa sebab yang menunjukkan kejahiliyyahan mereka, seperti tiadanya tamadun, sistem moral atau akhlak yang rosak dan pelbagai lagi.

Erti Jahiliyyah


Secara lingustik istilah jahiliah berasal dari kata Bahasa Arab jahila (جهل)yang berarti bodoh dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai pengetahuan. Namun dalam realiti yang sesungguhnya, secara faktual pada saat itu masyarakat Arab yang dihadapi oleh Rasulullah bukanlah masyarakat yang bodoh atau tidak mempunyai pengetahuan. Buktinya pada saat itu sastera dan syair berkembang dengan pesat di kalangan mereka. Setiap tahun diadakan festival-festival pembacaan puisi dan syair, ini membuktikan bahwa orang-orang Arab ketika itu sudah banyak yang mengetahui baca dan tulis. Mereka mampu mengarang syair secara spontan mahupun bertulis. Selain itu mereka juga mampu membuat sistem kota dan sistem perniagaan yang sangat baik. Ini di buktikan dengan perdagangan yang mereka usahakan di utara dan selatan hijjaz, seperti firman Allah dalam surah Quraisy. Saban tahun, mereka menyambut para tetamu ka’abah yang ingin menunaikan haji yang menjadi tradisi mereka sekian lama. Hal ini semakin menguatkan bahawa mereka kaum Quraisy bukanlah orang-orang bodoh dan tidak berpengetahuan. Dapat difahami, bahwa sebenarnya mereka adalah masyarakat yang sedang berkembang peradabannya.

Jahiliyyah Dari Kaca Mata Al-Quran

Dalam perspektif (pandangan) Al-Quran, “Jahiliyyah” mempunyai maksud yang berbeza daripada apa yang kita fahami daripada orientalis. Jahiliyyah sebenarnya adalah suatu sikap atau keadaan masyarakat pada umumnya yang bodoh terhadap nilai-nilai Islam, ataupun secara mudah mereka bodoh terhadap nilai perhambaan seorang manusia kepada Allah yakni akan tanggungjawab sebagai seorang khalifah Allah. Dan bilamana mereka bodoh terhadap Islam maka mereka diberi julukan “Jahiliyyah” oleh Al-Quran.

Tidak hairan apabila kita membaca karangan As-Syahid Sayyid Qutb, beliau ada menempelkan perkataan jahiliyyah pada individu, penguasa dan juga masyarakat apabila mereka tidak mengikut tata cara hidup Islam. Mereka buta atau bodoh di sebabkan tidak nampak akan jalan sebenar yang Islam tunjukkan untuk memandu hidup manusia ke arah cahaya.

Al-Quran telah menerangkan tentang sikap Jahiliyyah ini dalam beberapa tempat. Penerangan Al-Quran secara jelas mendefinisikan Jahiliyyah dengan begitu terang sekali, dengan gaya pengungkapan dan contoh-contoh yang di berikan.

Diantaranya ialah; ketika Musa a.s menyuruh kaumnya untuk menta’ati perintah Allah agar mereka menyembelih korban. Namun mari kita lihat apa tanggapan kaumnya terhadap Musa,

“Mereka berkata, apakah engkau mengejek kami hai Musa. Musa menjawab, aku berlindung dari orang-orang yang bodoh.” (Al-Baqarah:67)

Lantas dengan mudah, dapat kita lihat salah satu perangai ‘kaum jahiliyyah’ yang mana mereka tidak menta’ati perintah Allah.

Ketidaktahuan dan memandang remeh terhadap perintah Allah adalah salah satu sikap Jahiliyyah.

Dan ketika Allah menerangkan hikayat Yusuf a.s dalam surat Yusuf, ayat 33 :

Yusuf berkata: Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh.

Ayat ini menjelaskan sikap kita yang cenderung kepada al-hawa’ (hawa nafsu) juga di kategorikan sebagai jahiliyyah. Bermakna rasa ingin kepada maksiat dan dosa juga merupakan maksiat hati yang harus kita basmi dan musnahkan, kerana ia tergolong dalam perangai orang jahiliyyah.

Prasangka buruk juga termasuk keJahiliyyahan, sebagaimana firman Allah ketika kaum Musyrikin menang pada Perang Uhud. Sebahagian kaum Muslimin menyangka bahwa mereka tidak ditolong oleh Allah dan timbullah anggapan bahwa Islam telah berakhir bersamaan dengan kalahnya kaum Muslimin dari kaum Kuffar.

“…sedang segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri; mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyyah. Mereka berkata: Apakah ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini?…. (Ali ‘Imran:154)

Istilah Jahiliyyah juga di-tujukan bagi mereka yang menolak hukum Allah s.w.t.

“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (Al-Maidah: 50)

Allah melarang isteri-isteri Nabi s.a.w melakukan Tabarruj (berhias berlebih-lebihan) kerana hal itu termasuk perbuatan Jahiliyyah,

“dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu“. (Al-Ahzab:33)

Pada sa’at perjanjian Hudaibiyah, kaum Musyrikin tidak mahu menerima tulisan Bismillah dan Muhammad Rasulullah dalam teks perjanjian itu. Mereka berkeras bahwa bila mereka menerima tulisan itu tentu saja mereka tidak akan memerangi Rasul dan pengikutnya sebab tulisan tersebut merupakan pengakuan risalah Muhammad. Mereka angkuh dan angkuh adalah perbuatan Jahiliyyah. Allah menegaskannya dalam surat al-Fath, ayat 26;

“Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan Jahiliyyah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat-takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. Dan adalah Allah Maha mengetahui segala sesuatu.”

Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan jahiliyyah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu’min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Dalam hadits-hadits Rasul juga banyak diterangkan bagaimana sikap Jahiliyyah itu. Imam Bukhari dalam Kitab Iman dengan judul Bab “Kema’siatan merupakan perkara Jahiliyyah”, meriwayatkan Hadits; “ketika itu seorang laki-laki dari kalangan Muhajirin mendorong seorang laki-laki dari kaum Anshar, orang Anshar tersebut memanggil golongannya; Hai orang-orang Anshar dan begitu pula orang Muhajirin tadi, ia juga memanggil kawannya yang Muhajirin; Hai orang-orang Muhajirin, kemudian bersabdalah Rasul :

مَابَالُ دَعْوَى الجاهِـلِيّةِ ؟ دَعُوْهَا فَإنـّهَا مُنْـتِنَةٌ

“Apakah engkau memperhatikan panggilan jahiliyyah itu? Tinggalkanlah olehmu kerana itu perbuatan busuk” (HR. Ahmad & Baihaqie)

Ketika seseorang mempersiapkan golongannya atas golongan lain, dengan memanggil-manggil golongannya, maka itulah Fanatisme golongan dan hal itu termasuk perbuatan Jahiliyyah.
Dan hadits dari Abu Dzar, ia berkata: “sesungguhnya saya mengejek seseorang dengan menghina ibunya, maka Rasulullah berkata padaku, “Hai Abu Dzar, apakah engkau menghina ibunya? Sesungguhnya engkau adalah orang yang mempunyai sifat Jahiliyyah” (HR.Bukhari-Muslim)

Suka menghina dan mengejek orang adalah salah satu sifat dari sifat-sifat jahiliyyah.

Pemahaman Jahiliyyah Yang Sempit


Jadi di sini, kita fahami bahawa, Jahiliyyah yang cuba kami maksudkan di sini tidak terbatas kepada masyarakat arab jahiliyyah pada era sebelum perutusan Nabi s.a.w, bahkan pada seluruh manusia yang belum taat secara total pada perintah Allah, yang masih memiliki sisa-sisa jahiliyyah dalam diri mereka.

Bukan sahaja jahiliyyah itu lekat pada ‘Mekah Jahiliyyah’, tetapi juga boleh kita tempelkan pada pelbagai perkara lain yang tidak mengikut lunas Islam. ‘Masyarakat Jahiliyyah’ yang tidak menonjolkan peribadi masyarakat Islam yang senantiasa berpegang teguh kepada ajaran Allah. ‘Negara Jahiliyyah’ yang tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan. ‘Sifat Jahiliyyah’ yang ada dalam peribadi kita dan juga ‘Aktiviti Jahiliyyah’ yang mungkin pernah kita lakukan.

Ini penting untuk kita fahami sebelum kita lanjut membahas sejarah perutusan Nabi Muhammad s.a.w kerana di antara risalah yang di perjuangkan oleh baginda adalah memusnahkan segala bentuk kejahiliyyah, dan menyeru kearah kesyumulan Islam. Ini akan dapat lihat pada karakter dan peribadi para sahabat yang terbentuk hasil tarbiyyah Nabi s.a.w. Kata As-Syahid Syed Qutb, “mereka umpama Al-Quran yang berjalan”, yang terbentuk hasil asuhan Al-Quran. Bahkan Rasulullah sendiri apabila di tanya Aisyah, “Bagaimana peribadi baginda?”. Lalu Aisyah menjawab “Khuluquhu al-Quran” (Akhlaknya Muhammad itu al-Quran). Lalu terhasil satu generasi manusia yang sangat unik yang akhirnya merubah geografi dan sejarah dunia.

Pemahaman jahiliyyah yang sempit yang terdapat dalam penggunaan teks kita seringkali di salahguna dan di sempitkan pengunaannya. Sedangkan jika kita berbalik melihat peradaban lain sebelum perutusan Nabi Muhammad s.a.w, dengan mudah boleh dilihat satu kejahiliyyahan yang sangat dahsyat berbanding ‘masyarakat arab jahiliyyah’. Tetapi mengapa para sarjana barat tidak mengkategorikan peradaban silam mereka sebagai peradaban silam yang buruk dan tidak bermoral?

Nadwah Kepemimpinan Islamiah Nuqaba' SAINSri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Nadwah Kepimpinan Islamiah(NKI)Nuqaba'SAINSri dapat dijalankan pada 17 April,semalam.Walaupun hanya diadakan cuma setengah hari..pengisian yang diberikan insyaAllah menaikkan semula semangat naqib-naqibah untuk terus berjuang.Ribuan terima ksih kepada ustz dan ustazah yang hadir.

Majlis bermula dengan solat subuh secara berjemaah dan kuliah subuh oleh Pengurusi JPPI,Ustaz Muzaha Mohamed.seterusnya pengisian mengenai 'peranan Naqib-Naqibah di sekolah' disampaikan oleh Ustaz Muhd Abdullah.Kemudian sedikit ucapan dan kata-kata nasihat dr Ustazah Rokiah bt Sahari sebelum diteruskan dengan perkongsian peserta NKI SBP di SBPI Sabak Bernam.

InsyaAllah teguran dan nasihat akan kami ambil dan membuat perubahan.Tidak lupa juga pada PK Pentadbiran,Puan Haslinda bt Hj Jedi atas sokongan yang tidak terhingga.

Saturday, April 17, 2010

Pelancaran Usrah 2010

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi,pelancaran usrah telah berjalan lancar pada 11 april 2010..

Pembahagian kumpulan usrah dijalankan selepas selesai solat subuh dan bacaan mathurat berjemaah.Setiap usrah membuat sorakan masing2..
Terima kasih atas sokongan dan kehadiran pelajar2 dan nuqaba' yang menjayakan pelancaran usrah.Diharap semua pelajar boleh memberikan kerjasama yang lebih baik pada masa akan datang,

semoga 'keluarga' yang kita bina dibumi SAINSri disulami dengan kemanisan ukhuwah dan iman.semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati Allah..^_^

*insyaAllah gambar akan diupload kemudian

Thursday, April 1, 2010

'April's Fool Day':Hari di mana boleh menyakiti orang lain...

Hari ini tepat tanggal 1 April, biasanya banyak diantara kita akan begitu sibuk dan bersiap siap untuk merayakannya dengan membuat rencana besar untuk MENIPU orang lain / sahabat / saudara terdekat pacar dan bahkan orang tua sendiri. Budaya tersebut begitu eratnya melekat, seakan akan pada tanggal 1 April tersebut, kita boleh berbuat DOSA.

Kepala kita penuh dengan rencana mencari mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu sedang bekerja atau sedang makan pun kita akan mencari cara dan membuat rencana 'penganiayaan' ini. Yang penting kita ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Mop mereka merah padam karena dipermain-mainkan. Padahal baru saja mereka diberikan kado/ucapan Kasih Sayang pada hari St.Valentino 14 Feb Lalu. Ini adalah sebuah Kekonyolan disamping juga bertentangan dengan Aqidah dan tidak membawa manfaat sedikitpun.

Sewaktu masa sekolah dahulu, pernah terbaca tentang suatu tragedi yang terjadi pada tanggal 1 April ini. Seorang suami yang suka jahil tentang agama, telah mengucapkan, 'Aku ceraikan kamu dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk bercanda. Isterinya yang pada mulanya tercengan-cengang terus meraung, kemudian si suami dengan muka tanpa dosa kemudian mengucapkan 'April MOP!!'. Setelah itu, giliran si suami pula untuk meraung saat diberitahu bahwa talak yang dilafazkan tersebut telah jatuh!!!.

Wahai umat Islam, berhati hatilah terhadap budaya ini..... hindari diri kita dari berbuat Dzolim apalagi April's Mop bukanlah budaya Islam.

Tetapi tahukah anda berapa banyak diantara kita yang tidak mengetahui kenyataan pahit Sejarah yang menimpa umat Islam Spanyol di belakang perayaan April's Mop ??

Tragedi Pembantaian Umat Islam Spanyol

QS Albaqaroh 2:120*** Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yg benar)". Dan sesungguh nya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengeta huan datang kepadamu, maka Allah tdk lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Sebagaimana sudah firman Allah SWT tersebut, sepanjang masa, tidak akan pernah hilang keinginan mereka musuh-musuh Islam untuk selalu menghancurkan Islam dan memadamkan cahaya Allah SWT. berbagai cara akan mereka lakukan, termasuk sejarah pembantaian muslim Spanyol pun 1 April berkembang menjadi perayaan April's Mop.

Dahulu kala, Muslim Spanyol bukan hanya beragama Islam namun memperaktekkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur'an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka selalu berkata tidak untuk musik, untuk bir dan juga segala hal yang diharamkan dalam Islam. Jika mereka membaca tentang hijab di Al-Qur'an, mereka memperaktekkan nya tidak seperti kebanyakan kita.

imageKaum Kafir mencoba membersihkan Islam dari kekuasaan Spanyol, mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicoba tapi selalu tidak berhasil. Lalu mereka mengirim pengintai ke Spanyol untuk mempelajari Islam dan menemukan bahwa kekuatan yang dimiliki kaum Muslim adalah taqwa. Begitu kaum Kristen mengetahui kekuatan umat Islam, mereka mencari strategi untuk menghancurkannya.

Mulailah dengan mengirim alkohol dan cigarette secara gratis kepada mereka. Taktik ini cukup berhasil dan melemahkan keyakinan umat Islam terutama kaum mudanya. Hasil dari usaha ini adalah jatuhnya Spanyol dari kekuasaan umat Islam dan mengakhiri penguasaan umat Islam seluruhnya terhadap Spanyol selama delapan ratus tahun.

Daerah terakhir yang jatuh kepada kekuasaan kaum Kristen adalah Grenada (Ghornata) pada tanggal 1 April

Dibalik perayaan April Mop (April Fool's Day) ini, sangat dipercayai bahwa April Mop mula mula dirayakan pada saat kejatuhan kerajaan Islam di Spanyol. Setelah sekian lama berkuasa di Granada, Spanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentara-tentara Kristen. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentara-tentara Kristen tidak puas dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Spanyol.

Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahwa mereka diperbolehkan berlayar keluar dari Spanyol dengan barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

Orang-orang Muslimin khawatir dan curiga atas tawaran tersebut, dikhawatirkan tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, kemudian mereka pergi kepelabuhan untuk melihat apakah ada kapal yang dimaksud oleh tentara Kristen dan setelah dilihat keberadaan kapal kapal dipelabuhan, merekapun membuat persiapan untuk berlayar.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada saat itulah, pihak Kristen mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Bahkan mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal karena semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristen kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya dirayakan oleh tentara Kristen. Perayaan ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Spanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil pun turut memperingati April Fool's Day tanpa menyadari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan masal saudara se-Islam mereka sendiri.

Wahai umat Islam, berhati hatilah terhadap budaya ini..... hindari diri kita dari berbuat Dzolim. Ingatkanlah saudara saudara kita sesama muslim.
- Ingatlah bahwa tanggal 1 April adalah hari pembantaian umat Islam Spanyol
- Dan yang penting dalam Al Quran & Hadist tidak ada perintah dimana boleh menipu orang lain sebagai bahan gurauan.

Terlepas dari apapun sejarahnya gurauan / Fool tersebut, mereka para musuh musuh Islam yang berlindung dibalik retorika Toleransi, Demokrasi, Liberalisasi, HAM, Persamaan Gender atau senjata Bush Laknatullah yang popular saat ini "War on Terrorism dan Iraqi Freedom" percayalah mereka justru sangat serius ingin memudarkan cahaya Islam.

sumber:http://www.swaramuslim.net/more.php?id=1694_0_1_0_M

rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah