Selepas membaca tajuk diatas, mungkin diantara anda yang menyangkakan perkataan itu sebagai kiasan bagi seseorang yang mengaut harta milik negara atau kumpulannya. Akan tetapi perkataan tersebut bererti menyapu yakni membersihkan sampah atau habuk-habuk didalam sesuatu bangunan. Begitulah yang dilakukan oleh Khalifa Ali bin Abi Talib pada suatu hari ketika kaum Muslimin di Baitul Mal sudah habis.
Agar semua orang tahu bahawa di Baitul Mal sudah tidak ada apa-apa lagi harta, Khalifa menyapu lantainya dan kemudian mengerjakan solat didalamnya. Dengan cara ini apabila ada seseorang datang untuk minta bantuan, didapatinya Baitul Mal sudah kosong, yang ada hanya pemimpin nya saja yang sedang solat.
Diceritakan pula bahawa suatu ketika, Khalifah Ali kelihatan memegang sebuah gelas di tangannya dengan sangat behati-hati agar isinya tidak tumpah.Seseorang lelaki datang melihatnya, ternyata gelas itu berisi susu yang suah mengeluarkan bau busuk kerana terlalu lama.
"Apa yang engkau pegang dengan sangat berhati-hati itu wahai Ali?"tanya orang itu
"susu"jawab Ali
"Apakah engkau minum susu yang sudah berbau busuk itu?"Tanya orang itu lagi.
"Diamlah engkau.Aku pernah lihat Rasulullah saw minum susu yang baunya lebih busuk dari ini"Kata Ali bin Abi Talib
Seorang mukmin hidup di dunia bagaikan seorang tawanan yang sedang berusaha membebaskan dirinya dari penawanan dan ia tidak akan merasa aman kecuali apabila ia telah berjumpa dengan Allah Subhanahu wata’ala. (Imam Hasan Al Bashri)
(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)
Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~
more at Islamic-Testi
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~
more at Islamic-Testi
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]
No comments:
Post a Comment