(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Saturday, January 15, 2011

Bersyukurkah kita?


Antara hak Allah s.w.t. yang paling sukar untuk ditunaikan oleh seseorang hamba adalah "syukur kepadaNya". Sesungguhnya, syukur itu ada zahir dan batinnya. Zahir kesyukuran itu adalah dengan melaksanakan syariat Allah s.w.t.. Adapun batin kesyukuran itu adalah dengan menyaksikan semua kebaikan itu datang daripada Allah s.w.t. (syuhud an-ni'mah). Seseorang tidaklah bersyukur jika tidak menunaikan perintah-perintahNya dan tidaklah menjaga kehambaannya kepadaNya jika ia mengabaikan perjanjian taat setianya kepadaNya.


Bersyukurlah kepada Allah s.w.t. akan setiap nikmat yang telah diberikan olehNya dan perbaikilah taubat. Ini kerana, maqam-maqam seterusnya akan terbina di atas taubat tersebut dan keberkatan taubat akan kembali kepada maqam yang telah dilaluinya. Tiada satupun maqam melainkan ianya terbina di atas pemurnian taubat itu sendiri. Tiada hal yang akan menjadi baik dan tiada amalan yang diterima tanpa pemurnian taubat itu sendiri. Adapun langkah untuk membantu dalam memurnikan taubat kita adalah dengan sentiasa berfikir tentang kelemahan diri dan kebesaran Allah s.w.t. serta bersunyi-sunyian dalam merenungi dosa diri dan nikmat Allah s.w.t. dalam diri.


Antara tanda sampai kepada sesuatu matlamat itu (iaitu sampai kepada Allah s.w.t.), ialah, wujudnya pemurnian dan pembaikian terhadap permulaan-permulaan perjalanan. Sesungguhnya, takkala Allah s.w.t. membantumu dalam memurnikan taubatmu adalah lebih baik daripada tersingkapnya tujuh puluh ribu ghaib kepadamu dalam masa yang sama kamu semakin menjauhiNya


Hendaklah kamu berzikir dan mengingati Allah s.w.t. dengan lidah kamu dan menghadirkan kebesaranNya dalam hatimu. Apa sahaja yang datang daripada Allah s.w.t. dari kebaikan, maka terimalah ia dengan penuh kesyukuran dan apa sahaja yang sebaliknya (yang tidak menyenangkanmu) yang datang kepadamu, maka kamu kembalikanlah kepadaNya dengan kembali kepadaNya, meminta bantuanNya, setiap masa.

sumber~

No comments:

Engineer Di Blog Nuqaba

rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah