(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Sunday, March 14, 2010

SeNi mEmperBaiki Diri..^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

sedikit perkongsian ilmu..agar kita peroleh manfaat darinya..insyaAllah..

Ulama menggariskan 5 langkah untuk meningkatkan kualiti diri kita:

1. Mukasyafah :

Makna mukasyafah :

Seseorang individu memeriksa dirinya dan berterus-terang dengan dirinya. Kemudian dia menentukan ubat bagi penyakit yang dihadapi oleh imannya, muamalatnya, dan akhlaknya. Individu tersebut juga akan memeriksa setiap anggotanya secara khusus dan memastikan samada anggota-anggota tersebut istiqomah dan baik ataupun terdapat keaiban yang memerlukannya untuk berhenti seketika untuk membaikinya.

Firman Allah s.w.t :“Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).” (Surah Al-Qiamah : 14,15)

Manusia yang berakal adalah mereka yang memeriksa dirinya seperti di dalam hadith yang bermaksud

:“Orang yang cerdik – berakal – ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinyadan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah – yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih.”


Allah s.w.t telah meletakkan suatu timbangan fitrah di dalam diri manusia bagi menjadi kayu pengukur ketika dalam keraguan.

Dari Wabishah bin Ma’bad r.a., katanya:
“Saya mendatangi Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda:

“Engkau datang ini hendak menanyakan perihal kebajikan?” Saya menjawab:”Ya.” Beliau s.a.w. lalu bersabda lagi: “Mintalah fatwa – keterangan atau pertimbangan – pada hatimu sendiri.

Kebajikan itu ialah yang jiwa itu menjadi tenang padanya – di waktu melakukan dan setelah selesainya, juga yang hatipun tenang pula merasakannya,sedang dosa ialah apa-apa yang engkau rasakan bimbang dalam jiwa serta bolak-balik -yakni ragu-ragu – dalam dada – hati, sekalipun orang banyak telah memberikan fatwanya padamu; ya, sekalipun orang banyak telah memberikan fatwanya padamu.”

Di dalam sahih muslim :

Kisah Hanzhalah takut pada dirinya sendiri kalau sampai menjadi seorang munafik kerana merasai perubahan mustawa (peringkat) keimanannya ketika bersama dengan Rasulullah s.a.w dan merasakan mustawa keimanannya menjadi lemah apabila bersama ahli keluarganya.

Setelah itu Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Demi Zat yang jiwaku ada didalam genggaman kekuasaanNya, jikalau engkau semua tetap sebagaimana hal keadaanmu di sisiku dan juga senantiasa berzikir – ingat kepada Allah, niscayalah malaikat-malaikat itu menjabat tanganmu semua, baik ketika engkau ada di hamparanmu – sedang tidur, juga ketika ada di jalananmu – sedang berjalan-jalan. Tetapi, hai Hanzhalah, sesaat dan sesaat – maksudnya sesaat untuk melakukan peribadatan kepada Allah dan sesaat lagi untuk mengurus segala sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupannya”

2. Muahadah :

Maksudnya :

Seseorang individu membuat perjanjian dengan Allah s.w.t bahawa dia tidak akan melakukan dosa (besar atau kecil ) dan berjanji untuk memperbaiki keaiban dan penyakit-penyakitnya sehingga dia menjadi seorang muslim yang terbaik dan dicintai oleh Allah s.w.t dan rasulNya .

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :“dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” (Surah Al-Isra’ :34).Ketikamana muslim tersebut berasa lemah ketika berhadapan dengan perkara-perkara yang dicintai jiwa dan syahwat dia akan teringat kepada janjinya dan menjaga dirinya.

Apabila seorang muslim itu mengkhianati janjinya dengan Allah s.w.t dan manusia, dia akan berada dalam situasi yang bahaya kerana dia akan hidup di dalam salah satu daripada tanda munafik seperti

sabda Rasulullah s.a.w di dalam hadith yang bermaksud :

“ Tanda munafik itu ada tiga : apabila berkata-kata dia akan berdusta, apabila berjanji dia tidak tepati dan apabila diberi amanah dia khianat”

Sesungguhnya memperbaki diri adalah suatu usaha yang susah, ia seakan suatu usaha jihad yang memerlukan kepada kesabaran. Tetapi apabila seorang insan berjaya memenangi nafsunya dia akan merasai suatu kebahagiaan kerana dia telah berjaya menjadi tuan dan bukannnya lagi hamba kepada nafsunya. Dia yang akan mengawal nafsunya dan bukan sebaliknya. Firman Allah s.w.t“dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”


3.Muraqabah :

Makna muraqabah :

Seseorang muslim itu akan merasai pengawasan Allah s.w.t dan merasai bahawa Allah s.w.t memerhatikan segala urusan kehidupannya siang dan malam, dan samada dalam keadaan rahsia atau terang-terangan, di depan atau di belakang manusia.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :“sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah An-Nisa’ :

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Al-Ihsan adalah apabila engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya, sekalipun engkau tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Ia melihatmu.”


Muraqabah menghadirkan perasaan malu terhadap Allah s.w.t dan menghalang seorang hamba itu membuat dosa dan maksiat. Ia juga akan menambahkan keimanan dengan merasai kehadiran Allah s.w.t. Muraqabah juga akan memberikan ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki kerana seseorang hamba itu akan melakukan perkara yang sama samada dengan kehadiran manusia atau tanpa kehadiran manusia.

Contoh daripada kisah salafussoleh :

Suatu hari ibnu Umar berjalan dan berjumpa dengan seorang hamba sedang mengembala kambing, maka dia bertanya dengan tujuan untuk menguji :

“Jualkan seekor kambing kepadaku”hamba tersebut menjawab :

“sesungguhnya aku adalah seorang hamba”maka ibnu Umar berkata :

“beritahu tuanmu bahawa serigala telah memakannya”. Hamba tersebut menjawab :

“maka bagaimana dengan Allah s.w.t”.

Maka ibnu Umar membeli hamba tersebut dan membebaskannya seraya berkata :

“Aku telah membebaskanmu kerana kalimah ini di dunia dan aku berharap Allah s.w.t akan membebaskanmu dengannya di akhirat kelak.”

Ketika zaman khilafah Umar r.a ketika beliau sedang keluar melihat rakyatnya beliau terdengar seorang ibu berkata kepada anak perempuannya :

“pergilah kamu mencampurkan susu itu dengan air.” Maka pemudi tersebut menjawab :“Sesungguhnya Amirul Mukminin menegah daripada melakukannya.” Ibunya berkata : “Sesungguhnya Amirul Mukminin tidak melihat kita.”. Pemudi tersebut menjawab : “Tetapi Allah s.wt melihat kita”.

Umar r.a berasa kagum dengan pemudi tersebut dan telah mangahwinkannya dengan salah seorang daripada anaknya dan daripada keturunannya lahir khalifah Umar bin Abdul Aziz.

4.Mujahadah :

Makna mujahadah:

menentang hawa nafsu pada syahawatnya; yang sukakan kerehatan,ketenangan,kemalasan,tidur,makanan dan minuman yang enak,dan keterikatan dengan dunia dan perhiasannya.

Mujahadah dilakukan dengan memutuskan nafsu daripada adat-adat kebiasaan, dan memberikannya keperluan-keperluan yang penting, serta memimpinnya kepada suruhan dan ketaatan kepada Allah.Tanpa memberi peluang kepada nafsu untuk menariknya ke belakang.Firman Allah yang bermaksud:“Dan mereka yang berjihad di (jalan) Kami pasti akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berlaku ihsan”, dan

firman Allah yang bermaksud: “Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, – Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.”(Surah An-Naaziat :40,41)

Diantara contoh mujahadah :

Memanfaatkan nikmat waktu lapang dan kesihatan :

“Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar manusia yaitu kesihatan dan kelapangan waktu.”

Menjadi seorang mukmin yang kuat iman dan tubuh badan : Kekuatan menjadikan seseorang mukmin mampu untuk mencapai matlamatnya di dalam kehidupan seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlombalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah.”

Mengawal kehendak anggota :

Tidak semua kehendak anggota manusia perlu ditunaikan agar kita tidak menjadi hamba kepadanya.

Manusia yang berakal adalah mereka yang memeriksa dirinya seperti di dalam hadith yang bermaksud:

“Orang yang cerdik – berakal – ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah – yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih.”

Memperbanyakkan sujud :

Rabi’ah bin Ka’ab al-Aslami, khadam Rasulullah s.a.w. bersabda:“Memintalah padaku!” Saya berkata: “Saya meminta kepada Tuan untuk menjadi kawan Tuan di dalam syurga.” Beliau s.a.w. bersabda lagi: “Apakah tidak ada yang selain itu?” Saya menjawab: “Sudah, itu sajalah.” Beliau lalu bersabda: “Kalau begitu tolonglah aku – untuk melaksanakan permintaanmu itu – dengan memaksa dirimu sendiri untuk memperbanyak bersujud – maksudnya engkaupun harus pula berusaha untuk terlaksananya permtntaan tersebut dengan jalan memperbanyak menyembah Allah s.w.t.”

5.Muhasabah :

Makna muhasabah:

Seorang insan menghitung dirinya atas segala pergerakannya atau diamnya supaya tidak sentiasa berada dalam kelalaian, atau berada lama dalam suatu maksiat, atau tidak menjurus kepada kerasnya hati dan penyakit jiwa.

muhasabah merupakan salah satu cara tarbiyah Islam untuk memperbaiki diri,mendidiknya, dan mengangkatnya.Dengan muhasabah,seorang insan menghitung kesalahan dan maksiat-maksiatnya, dan mengetahui keadaan jiwanya sama ada sihat atau sakit, maka dia akan membimbing jiwanya ke jalan kemenangan, dan menjauhkannya dari jalan kecelakaan.

Umar Al-Khattab r.a berkata :“ Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, dan timbanglah amalanmu sebelum ditimbang untukmu.”

Sekiranya seorang manusia melontarkan maksiat-maksiatnya ke dalam rumahnya necaya rumahnya akan penuh dalam masa yang singkat. Tetapi manusia sering meremehkan maksiatnya seperti di dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud :“Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya.” (Surah Al-Mujadilah : 6)

Wallahua’lam

*sumber:Ukhti Wan Nurul Atiqah,Aukland

No comments:

Engineer Di Blog Nuqaba

rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah