(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Tuesday, March 16, 2010

Kebaikan Memulakan dengan بسم الله الرحمن الرحيم

Suatu ketika,tinggal sebuah pasangan di dalam sebuah rumah
Si suami merupakan seorang yang cepat marah..
manakala si isteri merupakan seorang yang bersifat sederhana....

Si isteri sentiasa memulakan sesuatu dengan بسم الله الرحمن الرحيم
Si suami kurang senang dengan sifat isterinya itu lalu dia pun berkata

''Asyik2 bismilah,asyik2 bismilah,ingat,suatu hari nanti engkau akan menyesal dengan perbuatanmu itu''

Maka,pada suatu hari,si suami menyuruh si isteri menyimpan sejumlah duit di dalam almari pakaiannya dan si isteri pun menuruti kata suaminya.

Pada keesokan harinya,si suami membuka almari pakaiannya dan mencampakkan sejumlah duit tadi ke longkang di luar tingkap.Kemudian,dia menyuruh isterinya mengambil semula duit dalam almarinya tadi.

Si suami dengan perlahan mengekori isterinya ke almari tersebut.
Si isteri mengucap
بسم الله الرحمن الرحيم sebelum membuka almari tersebut.

Maka,Allah s.w.t memerintahkan Malaikat Jibril a.s untuk mengambil semula duit tadi dan diletakkan semula dalam almari tadi

Si suami terperanjat apabila melihat isterinya membawa semula sejumlah duit tadi untuk diberikan kepadanya.

Mulai saat itu, si suami berasa kesal dan segera bertaubat kepada Allah s.w.t dan memohon ampun.

Maka,sebaik-baik nya kita mamulakan sesuatu perlakuan itu dengan
بسم الله الرحمن الرحيم ,mudah-mudahan kita beroleh rahmat Allah s.w.t dan dipermudahkan segala urusan,آمين

No comments:

rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah