(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Friday, September 25, 2009

kepimpinan ibarat 5 jari..

Leadership…
Leadership ataupun kepimpinan boleh diibaratkan seperti jari2 pada tapak tangan kita…semuanya saling memerlukan,

Diskripsi

•Ibu jari –pemimpin…(naqib/naqibah)


•Jari telunjuk- seorang yang bijaksana, tahu buat keputusan dan bertindak dgn bijaksana


•Jari hantu- seorang yang kasar(nama pun hantu),berpengaruh,….


•Jari manis-seorang yang lembut,baik


•Jari kelingking-orang bawahan,org yg dipimpin



Untuk membentuk sebuah organisasi. Semuanya diperlukan..pemimpin perlu berkawan rapat dengan orang yang bijaksana sebagai penasihat untuk setiap tindakan yang dilakukan. Jadi, jari telunjuk berada paling dekat dengan ibu jari (pemimpin)

Pemimpin juga memerlukan orang berpengaruh(kasar) dan yang lembut, kerana tidak semua orang mempunyai cara penerimaan yang sama..setiap orang ada cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu..dan cara untuk mnyampaikan dakwah ialah dengan mengetahui selera amad'u tersebut

Dan pemimpin, memerlukan orang yang dipimpin(mad’u) …tanpa mad’u, tidak wujud la pemimpin =)

Sunday, September 20, 2009

keluhan seorang pendakwah..

Letih. Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?

Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.

Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)

Bila engkau memandang segalanya
dari Tuhanmu
yang mencipta segalanya
yang menampakkan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja
mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia
kerana bukan Allah tidak tahu
derita hidupmu, retak hatimu
tapi mungkin itulah yang Dia mahu
kerana Dia tahu
hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah unuk dekat dan akrab
dengan-Nya....

Thursday, September 17, 2009

salam Aidilfitri dari warga Sainsri...

Sekadar sedikit ucapan Aidilfitri yang sempat dipetik dari warga sainsri...


"Salam Aidilfitri buat semua warga Sm Sains Miri, semoga kita semua dirahmati dan diberkati. Semua puterra puteri tingkatan 3 dan 5, moga sukses dalam PMR dan SPM,semua A, InsyaAllah!"
(Puan Haslinda bt Jedi)



"Selamat Hari Raya kepada semua putera puteri sainsri. kepada putra puteri PMR dan SPM, jangan raya sakan. Semoga ada cemerlang dalam PMR dan SPM"

(Ustaz Mohd Azhar HJ Omar)


"Saya mewakili JPPI ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Islam Sainsri. Jadikan hari raya ini sebagai hari kemenangan bagi kita setelah berpuasa selama sebulan.maaf zahir dan batin.

(Ustaz Muzaha bin Mohamed)

"Selamat Hari Raya kepada warga Sm Sains Miri. kepada pelajar tingkatan 3 dan 5, minimakan sambutan Hari Raya anda untuk kecemerlangan PMR dan SPM.

(Ustazah Rokiah bt Sahari)


"Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin buat semua warga Sm Sains yang menyambut hari raya pada tahun ini. Bagi pelajar tingkatan 3 dan 5, jadikan semangat berkobar-kobar untuk menyambut ketibaan Aidilfitri sebagai suntikan semangat untuk berusaha dengan gigih demi kecemerlangan PMR dan SPM."

(Ustaz Surjana bin Abdul Gani)


"Semoga Aidilfitri kali ini membawa barakah kepada kita semua. Salam Aidilfitri.=)"

(Puan Nordalina binti Ismail)



tidak lupa juga ucapan dari beberapa orang wakil nuqaba sainsri....

"Salam buat semua.Raya ini sudah dekat, maka Ramadhan melabuhkan tirai. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Andai ada salah dan silap. maafkan diri yang lemah ini kerana semua hamba-Nya tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Nuqaba Sainsri, ucapan salam dan Selamat Hari Taya Aidilfitri maaf zahir dan batin.InsyaAllah, raya pada tahun ini mendapat keberkaatn ilahi.Assalamualaikum w.b.t"

(Mohd Arif bin Ismail,Ketua Naqib)

"Assalamualaikum w.b.t, salam buat warga sainsri. Bulan Ramadhan akhirnya berlalu pergi. Adakah kit telah pernaharui iman kita dahulu? Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik, jika kita pergi, masih ada peluang untukkita memasuki syurga tertinggi. Jika dipanjangkan hayat ini, semoga kita menjadikan ia lebih baik! Apapun selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri ini, hari merdeka buat semua."

(Nurul Fatihah bt Amir,Ketua Naqibah)

"Assalamualaikum w.b.t...salam ukhuwah, seuntai kata untuk semua...Ramadhan berlalu pergi tak terasa syawal menjelma lagi. selamat berpuasa dan menjalani ibadah difasa terakhir Ramadhan ini. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1430H. ampun maaf kami pohonkan. Jaga diri, jaga solat & segalanya, tambahkan iman kurangkan juadah..ukhuwah fillah abadan abada....."

(Mohd Dzulkhairi bin Hj Eneng)

"Assalamualaikum w.b.t. Selamat Hari Raya!!!yeyeye!!!kami dari syukbah Tamrin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya..maaf Zahir Batin."

(Mohd Nazri bin Hang Jebat)

"Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam seluruh dunia. Kejayaan seluruh manusia dalam agama Allah S.W.T. dengan cara mentaati semua perintah Allah S.W.T. dan ikut As-Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Taat Allah, taat Rasul pasti berjaya dunia dan akhirat.
(Abdullah bin Husaini)







Sebuah Dialog di Malam Hari, Buat Insan Bernama Dai'e

"Akhi*, dulu ana* merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah* makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah* pula yang aneh dan pelik!"

Begitu keluh kesah seorang mad'u* kepada murabbi*nya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'unya.

"Lalu apa yang ingin anta* lakukan setelah merasakan semua itu?" Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.

"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti*; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja." Ikhwah itu berkata.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

"Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.

Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.

"Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.

"Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?"

Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.



"Akhi, apakah anta masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?"

Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.

"Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?" Tanya sang murabbi lagi.

Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.

"Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah*. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana."

Sang mad'u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.

"Akhi, jama'ah* ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."

"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka."

"Futur*, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" Sambungnya panjang lebar.

"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah."

Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.

"Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"

Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.

"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" Sahut sang murabbi.

"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri."

Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.

Kemenangan atau Mati Syahid

Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur* kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.

Thursday, September 3, 2009

Minggu Cahaya Ramadhan 1430H

Perasmian oleh Al Ustaz Muzaha

Akhi Zulkhairi Eneng mengagihkan kurma

sebahagian muslimat

waktu sungkei dah tiba

Alhamdulillah MCR 1430 H telah selamat dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Muzaha Bin Mohamed semalam. Dalam ucapan perasmiannya beliau menyatakan bahawa ramadhan adalah:

1) Bulan ibadat

2) Bulan membina kekuatan

3) Bulan disiplin diri

Engineer Di Blog Nuqaba

rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah