(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Sunday, February 28, 2010

Sambutan Maulidurrasul 1431 H






Tahniah dan syabas kepada pasukan sainsri kerana mendapat tempat ketiga dalam acara perarakan tersebut.

Wednesday, February 17, 2010

kuning dan putih?

بسم الله الرحمن الرحيم

analogi telur dengan kita...
antara kuning dan putih telur...mana yang lebih penting?




–> basically egg yolk paling penting sebab dia laa nanti yang nak jadi anak ayam tu, but then without the egg white, dari mana boleh ia dapat sumber segala food itu kan?…. jangan nak jawab kulit telur aaa, pelangkung karang :P

itu lah tafsiran tak resmi yang suruh kita semua ni “mengejar akhirat tapi jangan tinggalkan dunia”. kita buat sesuatu dengan aim dalam kepala sentiasa untuk perkiraan/penghisaban akhirat, maknanya melihat dunia dari jendela akhirat. apa-apa yang ada di dunia ni are tools untuk kehidupan abadi di akhirat nun, sama je macam ijazah doctor ni. ia hanyalah satu tools untuk melaksanakan tanggungjawab asal manusia; jadi hamba dan khalifah. dia berbeza tau dengan “kejar dunia tapi tak tinggalkan akhirat”! jeng jeng, fikir jangan tak fikir.

i can still remember satu waktu where i was asked why do i want to be a doctor. jawapan skema zaman kekanak riang: nak tolong orang. orang tu bidas saya balik, dia kata, “come on, kalau betul nak tolong orang sebanyak2nya, join the NGO then. jadik sukarelawan. kenapa kene jadik doctor??”
terdiam eden. menyampah orang bidas2 ni kan. penat nak fikir. heheh.


jadi back to our analogy.

kiranya andai laa telur kuning tu macam manusia kan i.e. ada nafsu dan cita-cita. dia still membesar menjadi anak ayam inshaAllah..sebab itu memang fitrah Allah jadikan. time baby lagi kita dah belajar menstabilkan diri time berjalan, dah belajar yang api itu panas, dah belajar makan itu mengenyangkan (susah laa nak eja perkataan ni) dan banyak lagi. sebab itu fitrah —> ‘HOW’ kepada cara kita hidup. itu laa maksud title tuh.

embrio ayam tu nanti pulak akan gunakan egg white tu utk capai matlamat yg satu i.e. jadi anak ayam yg nanti membeso jadi ayam tua. kiranya kita manusia Allah dah jadikan darah supaya dipam oleh jantung untuk perfuse semua cells and organs i.e. mereka patuh kepada Allah yang menciptakan mereka sebegitu. Allah dah tetapkan kalo kita hypovolaemic hypotension, vasovagal syncope is likely to happen sebab nak selamatkan cik otak from ischaemic injury…tapi terpulang pada manusia nak gunakan anggota badan dan otaknya, yang di’perfuse oleh darah yang taatkan perintah Allah kepada tujuan apa. inilah maksud ‘WHY’…
andai ‘WHY’ itu lari dari paksi matlamat sebagai hamba dan khalifah, jadilah kita orang yang mengabaikan perintah Allah dan pecah amanah!

sumber muntalaq blog

poco-poco harus diharamkan...??

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.



Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini.

*sumber:ukhti Nurul Fatihah Amir(K.N Nuqaba')

Tuesday, February 16, 2010

Apa misi kita??

بسم الله الرحمن الرحيم

Tahukah kita apa misi kita dilahirkan ke dunia sebenarnya??adakah cuma dengan bangun,makan,tidur dan kemudian mengulangi bnda yg sama setiap hari.hidup kita satu pengembaraan.pengembaraan yg kita sendiri x tahu...bila kita akan jmpa penghujungnya.sebagai muslim,apa misi kita sebenarnya??bila kita x knl siapa diri kita..kita x tahu apa misi kita..pernahkah kita berfikir sejenak kenapa wujudnya kita didunia..

Kita diturunkan dimana kita diperlukan.ketahuilah misi kita didunia ini adalah utk memakmurkan muka bumi.Kita beranggapan negara kita dh mencapai kemakmuran dan keamanan krna telah bebas dr penjajah2 barat.namun, sedarkah kita..sebenarnya kita masih dijajah...

misi kita


Dan (ingatlah)ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan mensucikan namaMu?" Dia berfirman, sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah 2:30)

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.
(Az-Zariyat 51:56)

Seperti yang telah dinyatakan diatas..tugas kita adlah utk beribadah dan sbgi khalifah di muka bumi Allah.kita bukan sahaja hamba tp juga khalifah.khalifah yang bertanggungjwb dlm membangunkan Islam di dunia.Kita dilahirkan didunia adlh utk beribadah kepdaNya.layakkah kita tinggal di muka bumi Allah,makan rezeki Allah, dpt nikmat2 yg selamanya milik Allah dan sebagainya...tp kita melakukan maksiat kepadaNya.kita jarang sekali bersyukur kepada pencipta kita..bahkan sering bangga dengan apa yang bukn milik kita..

Allah memberikan setiap makhluknya dengan kelebihan dan kebolehan.Kelebihan yg ada pada manusia adalah kurnian Allah.tp sejauh mana kita menggunakan kebolehan yang diberikan pd kita.adkah kearah perkara munggkar atau menjadikannya 1 kemudahan utk kta mencapai misi kita.

Maka apakah (Allah) yang menciptakan sama dengan yang tidak dapat menciptakan (sesuatu)?Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?
(An-Nahl 16:17)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


kelebihan kita
>IQ
>EQ
>Kebolehan
>Suara
>Badan

banyak org tidak sedar yang dia mempunyai kelebihan.ada juga sedar dirinya punya kebolehan tp tidak tahu bagaimana utk menggunakan kebolehan yang ada..dan ada juga dan tidak mahu menggunakan kebolahannya pada yang betul..

orang yang tidak menjalankan tugasnya/misinya didunia adalah seperti lebihan dunia..hanya menyemakkan dunia, mengurangkan oksigen dan menambah karbon dioksida..=P padahal dia tidak menyumbang apa-apa pada dunia..

Wednesday, December 30, 2009

Menjadi Pemimpin Yang "Menjadi"...bangkitlah wahai Da'ie!!!

Konflik dalam kalangan pemimpin merupakan perkara biasa, bukan sahaja di Malaysia , malah di banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Namun, cara dan suasana konflik tersebut diselesaikan adalah yang lazimnya menarik perhatian.

Cara dan suasana konflik juga berbeza diantara satu sama lain. Agak mengecewakan apabila konflik sebegini biasanya berjaya diselesaikan dengan lebih baik dalam kalangan pemimpin bukan Islam berbanding pemimpin Islam itu sendiri. Walhal, panduan dari AlQuran dan Hadis sudah berada di tangan mereka untuk bertindak sebagai pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’.

Sebenarnya terdapat beberapa item yang memungkinkan pemimpin itu untuk benar-benar ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan. Bukan hanya terpimpin dengan selamat di dunia, malah juga di akhirat nanti. Sepertimana pesan seorang guru kepada anak muridnya ; ["Pemimpin yang baik,mampu menjadikan orang yang dipimpinnya sebagus atau lebih bagus dari ia"]

Item pertama pemimpin ialah iman.

Secara ringkas, iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin’.

Imun maknanya kebal daripada maksiat serta kebal daripada sogokan dan pujukan.

Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik.

Amin pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah.

Item kedua ialah ilmu kepemimpinan.


Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Apabila kepemimpinan itu ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap, maka, jika tidak ada ilmu berkaitan kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin oleh mereka.

Item ketiga ialah ’kepimpinan diri’.


Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud ; [“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin”].

Hal ini termasuklah dalam hal memimpin diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan menyalahkan orang lain demi keselamatan diri.

Item keempat ialah ‘kemahiran komunikasi’.

Kerenah orang-orang yang dipimpin mampu ditangani dengan kemahiran komunikasi yang ada. Antaranya ialah, bercakap dengan terang jelas dan nyata serta mudah difahami oleh mereka. Seterusnya, setiap pemimpin perlu berusaha menjadikan dirinya mudah untuk didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol.

Pemimpin juga perlu ikhlas kerana walaupun ikhlas adalah perkara abstrak namun, ia boleh dirasai dengan mata hati. Tindakan juga merupakan suatu cara komunikasi yang efektif berbanding banyak berkata-kata.

Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Item-item lain bagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’ juga ialah apabila sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

Selain itu, mereka juga sentiasa membesarkan Allah dalam setiap hal, memastikan hati dan penampilan luaran sentiasa bersih, serta lebih banyak memberi dengan ikhlas berbanding memberi kerana ingin mendapat lebih banyak. Insha-Allah dengan item-item ini, walau apa-apa sahaja konflik yang melanda kelak, pasti akan mampu diselesaikan dengan lebih baik oleh mana-mana pemimpin Islam. Wallahu’alam.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


sumber:iluvislam

Bangkitlah wahai sahabat.Bangkitlah demi agama yang kita cintai ini.

Dalam Islam, tiada perkataan surender atau menyerah kalah.yang ada cuma dua.. menang sebagai MUJAHID..atau mati sebagai SYAHID

Tuesday, December 29, 2009

keroncong kasih sayang



Jangan mudah melafaz kasih
Kasih itu pada siapa
Jangan mudah melafaz sayang
Sayang itu untuk siapa
Jangan mudah melafaz cinta
Cinta itu pada yang Esa
Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia kan pergi

Cinta yang di hati
Kasih sayang yang hakiki
Kasih yang dicari
Moga Allah meredhai

C/o:
Cintakan Allah dan Rasul-Nya
Suburkanlah di dalam jiwa
Sayang-sayangi keluarga kita
Moga hidup aman bahgia
Jiran tetangga hormat-menghormati
Sesama insan kita berbakti

Semoga Allah memberkati
Hidupnya insan di alam ini
Negara makmur dan diredhai
Mendapat keampunan Ilahi

Thursday, December 24, 2009

Masa Remaja di Mana Dihabiskan?

Assalamualaikum...

terdetik ingin berkongsi sedikit artikel yg dibaca di majalah..dgn tajuk yg tertera d atas..

'MANUSIA yang dihidupkan oleh Allah melalui proses yang unik sehingga mengagumkan para saintis. Sepandai mana pun saintis itu die tidak mampu untuk membuat satu ciptaan lain yang seumpama manusia dengan mengunakan bahannya tersendiri.'

Dengan pelbagai teknologi, kini manusia boleh dibuat dengan melalui proses tabung uji. namun begitu mereka yang membuat manusia dengan tabung uji ini tidak boleh berbangga mereka masih lagi menggunakan bahan atau perkara asas yang digunakan oleh Allah. Air mani lelaki diperlukan sebagai benih yang dicantumkan dengan benih perempuan .selepas disenyawa ia masih perlu dikandungkan didalam rahim perempuan..

Begitu juga dengan penciptaan robot.mereka masih lagi menggunakan bahan ciptaan Allah walaupun tdak mengikut proses d atas. Katakanlah kita boleh menerimanya sebagai kejayaan, namun bagi saintis itu belum boleh berbangga kerana robot itu tidak seperti manusia yang ada had peredaran umurnya:dari bayi, kanak-kanak, muda, dewasa, tua dan akhirnya mati. Selain itu, robot tidak boleh berfungsi dengan baik kalau silap di programkan.

menyedari kelemahan manusia ini, spatutnya mereka menjadi seorang yang beriman dan bertakwa.sepatutnya mereka menjadi orang yang patuh kepada Allah dan melaksanakan perintah-Nya tnpa ragu. Tetapi yang terjadi adalah sebaliknya.mereka sombong dengan kebolehan yang sedikit itu.

Begitulah sikap seseorang yg tidak sedar akan kedudukan diri sendiri, kecuali kalau mereka mendapat hidayah daripada Allah seperti dilaporkan ada saintis yang memeluk islam. Cuma yang menghairankan, setelah mendapat hidayah, bidang sains itu ditinggalkan pula.Alangkah ruginya Islam.

Daripada peristiwa ini kita boleh berfikir sejenak, kalau saintis yang hebat itu setelah diberi hidayah boleh kembali kepada Allah dan ajaranNya, maka apalah susahnya untuk kita melakukan perubahan itu?Bukankah kita sudah menerima Islam?

Ya, daripada hidayah seseorang itu boleh berubah daripada tidak faham kepada faham, daripada tidakIslam kepada Islam. klau begitu soal hidayah adalah soal yang penting. Tetapi timbul lagi soalan , bagaimana untuk mendapatkan hidayah itu?Adakah menunggu sahaja atau kena cari?

Logiknya didunia ini tiada satu pun yang boleh datang sendiri tanpa diundang atau dicari. Allah tidak berikan sesuatu yang berharga dengan mudah tanpa diusahakan kecuali orang tertentu yang diperlukan.Maka kerana itu, hidayah mstila diundang dan dicari. Setelah memperoleh hidayah yang dimaksudkan maka ia mesti dipupuk dengan sebaik-baiknya agar terbentuk manusia yang baik selepas itu.

Jalan untuk mengundang hidayah kepada diri mstilah dengan cara mennjukkan keghairahan seseorang itu untuk membuat persediaan diri. Membersihkan diri daripada dosa dan noda terlebih dahulu. Sesungguhnya barang yang brharga dan baik hanya layak diletakkan di dalam bkas yang bersih.

Akan tetapi untuk mencari hidayah tentulah kna berkerja keras, kena sentiasa bergerak ke sana sini dengan mendampingi orang baik atau tempat-tempat yang baik.Hal ini seperti seseorang yang hendak mencari barang elektrik, mestilah dicari di kedai elektrik juga kedai runcit.

Apabila seseorag it usudah ada kesedaran hidayah itu, maka pengisisan perlu dibuat agar mereka beroleh keselamatan di dunia dan akhirat. Sebagai pengisian yang berguna, Rasulullah s.a.w pernah mengigtkan semua umat Islam supaya merebut lima peluang sebelum dtg lima perkara. Peluang yang d maksudkan ialah:

1. Muda sebelum Tua
kerjakanlah ibadat dan kerja-kerja amal(bukan pertunjukan amal)kerna diusia muda tenaga masih banyak dan tulang masih kuat.Peluang ini untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin maka pada hari tua nanti kerja berat boleh ditiadakan.Cukuplah mengerjakan ibadah fardu atau wajib sahaja.

2. Sihat sebelum Sakit
sewaktu sihat lakukanlah ibadah sunat dan harus dengan sebanyak yang mungkin supaya tidak menyesal rugi kerana tidak dapat melakukan ibadah sewaktu sakit.

3. Kaya sebelum Miskin
sewaktu kaya perbanyakkanlah membuat khairat, bersedekah kepada yang memerlukan dan berbelanja kearah kebaikan.kalau tidak dilakukan pada waktu ini dikhuatiri tidak dapat menderma lagi sewaktu miskin papa.kita belum tahu nasib masa depan kita.

4. Hidup sebelum mati

sewaktu nyawa masih ada buatlah ibadah sebanyak mungkin.buat bekalan sebelum menemui Allah.jangan setiba di alam kubur menyesal kerana tidak beramal sebagaimana diperintahkan.

5. Lapang sebelum sempit
sewaktu lapang daripada sebarang kerja maka banyakkan lah amal ibadah sunat apatah lagi wajib.ingatlah, sewaktu sibuk ibadah tidak boleh dilakukan kecuali kerja hari itu dijadikan ibadah.

Pengisian ini hendaklah dilakukan dengan baik agar kita tergolong dalam golongan beriman kepada Allah.

Allahu'alam..Assalamualaikum

Engineer Di Blog Nuqaba

rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah