(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Showing posts with label pejuang islam. Show all posts
Showing posts with label pejuang islam. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Jujur Depan Perompak





Tersebutlah kisah, sebuah kafilah sedang merentas padang sahara. Hawanya panas terik membakar kulit. Kelihatan bergenang fatamorgana dataran air berbatu-batu jauhnya. Kafilah bergerak perlahan. Manakan tidak, unta-unta diikat antara satu sama lain dalam satu barisan. Jalannya pula selangkah demi selangkah meredah lautan pasir.

Seorang kanak-kanak sembilan tahun turut mengembara. Ia berjalan dengan sehelai sepinggang. Yang dibekalinya ialah sebuah karung.

Nun jauh di sana, di puncak gumuk pasir, beberapa orang berkuda sedang mengintai-ngintai, berkata salah seorang mereka, “Nampaknya kafilah ini senang diserang hendap. Pasti ada habuan!”

Debu-debu pasir berterbangan, bak angin ribut melanda. Sekumpulan pemuda berkuda bersenjata menyerbu dan akhirnya mengepung kafilah. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyerah sahaja. Melawan pun tidak berguna, hanya mengundang bencana. Mereka menyerahkan segala harta yang dibawa.

Setiap orang digeledah hartanya. Sehingga tibalah orang terakhir... rupanya seperti seorang kanak-kanak yang terbiar. Kanak-kanak sepertinya pasti tidak mempunyai apa-apa, melainkan belas ihsan orang.

Ketua perompak pun bertanya kepadanya, dengan nada bersahaja, “Apa yang engkau bawa, wahai kanak-kanak!”

“Karung, tuan.”

“Apakah isinya?” orang-orang suruhannya sudah menghunus pedang masing-masing, agar kanak-kanak itu tidak teragak-agak untuk menjawab.

“Empat puluh keping wang emas dinar.”

“Apa?” perompak-perompak terperanjat.

“Engkau, periksa karungnya!” seorang perompak membuka karung yang dibawa kanak-kanak kecil itu. Matanya terbeliak, katanya, “Tuan, dia berkata benar!”

Ketua perompak kehairanan. Keningnya naik. Misainya lentik. Matanya mengicing, seolah-olah menyindir. “Hai kanak-kanak, engkau tahu kami adalah perompak-perompak yang merampas harta benda. Kami adalah orang-orang yang kejam. Seluruh kafilah ini, senang-senang sahaja kami tawan. Nyawa mereka terletak pada tangan kami. Sama ada mereka kami bunuh, ataupun kami jadikan hamba abdi!”

Kanak-kanak itu diam, riak wajahnya memancar cahaya ketenangan.

“Mengapakah engkau begitu bodoh berlaku jujur? Mengapa engkau tidak menipu sahaja, agar harta dan nyawa engkau selamat?” Kanak-kanak itu merenung tajam, ia diam tiada terkata. Ketua perompak tidak sabar menanti jawapannya, “Mengapa?”

“Tuan, saya ini penuntut ilmu. Ibu membekali saya dengan wang ini. Ia berpesan kepada saya satu sahaja.”

Ketua perompak disusuli perompak yang lain ketawa mengilai. Mereka begitu takjub akan keanehan kanak-kanak suci itu. Kata ketua perompak, “Apakah pesan ibumu?”



Jawab kanak-kanak itu, “Bahawa ibuku berpesan, agar aku tidak berlaku khianat dan sentiasa jujur. Itu sahaja.”

Katanya lagi, “Jika aku berbohong, maka Allah Maha Mengetahui aku berbohong. Apalah guna aku hidup begitu?”

Perompak-perompak terbungkam seribu bahasa. Bagaimanakah seorang kanak-kanak menghadapi sekumpulan yang boleh menanggalkan kepalanya, merampas hartanya, begitu berani memegang janji kepada ibunya? Ketakjuban mengalir, keinsafan melilit hati-hati yang dibelenggu kegelapan. Pasti kanak-kanak ini seorang yang akan menjadi seorang yang luar biasa!

Perompak-perompak tersebut telah melafazkan kata taubat di hadapan seorang kanak-kanak yang luar biasa teguh memegang janji. Kanak-kanak itu bukan calang-calang manusia. Dia tidak tahu, tika sampai usianya, puluhan ribu manusia bertaubat di tangannya.




Dialah Syeikh Abdul Qadir Jailani, seorang ulama sufi agung. Ia adalah pembentuk generasi terbaik pada zamannya. Iaitu generasi Salahuddin yang membebaskan kota Baitulmaqdis dari cengkaman tangan-tangan kotor bangsa Salibi...(artikel dr sini)



jangan berlaku khianat dn sentiasa brsikap jujur.itu pesan ibu kepada kanak2 itu..bersikap jujurlah dimana org tidak berlaku jujur..bersikap jujurlah di mana orang tidak akan jujur...berlaku jujurlah di mana orang tidak bisa melaksanakannya...


meraih kepercayaan org..mudah.tp untuk menghilangkannya juga tidak sukar.bak kata pepatah melayu.. Orang memegang kerbau pada talinya, memegang manusia pada katanya








A009
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat. (Yunus 10:9)


Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh; pertama tegak, kedua roboh

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

Wednesday, December 30, 2009

Menjadi Pemimpin Yang "Menjadi"...bangkitlah wahai Da'ie!!!

Konflik dalam kalangan pemimpin merupakan perkara biasa, bukan sahaja di Malaysia , malah di banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Namun, cara dan suasana konflik tersebut diselesaikan adalah yang lazimnya menarik perhatian.

Cara dan suasana konflik juga berbeza diantara satu sama lain. Agak mengecewakan apabila konflik sebegini biasanya berjaya diselesaikan dengan lebih baik dalam kalangan pemimpin bukan Islam berbanding pemimpin Islam itu sendiri. Walhal, panduan dari AlQuran dan Hadis sudah berada di tangan mereka untuk bertindak sebagai pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’.

Sebenarnya terdapat beberapa item yang memungkinkan pemimpin itu untuk benar-benar ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan. Bukan hanya terpimpin dengan selamat di dunia, malah juga di akhirat nanti. Sepertimana pesan seorang guru kepada anak muridnya ; ["Pemimpin yang baik,mampu menjadikan orang yang dipimpinnya sebagus atau lebih bagus dari ia"]

Item pertama pemimpin ialah iman.

Secara ringkas, iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin’.

Imun maknanya kebal daripada maksiat serta kebal daripada sogokan dan pujukan.

Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik.

Amin pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah.

Item kedua ialah ilmu kepemimpinan.


Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Apabila kepemimpinan itu ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap, maka, jika tidak ada ilmu berkaitan kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin oleh mereka.

Item ketiga ialah ’kepimpinan diri’.


Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud ; [“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin”].

Hal ini termasuklah dalam hal memimpin diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan menyalahkan orang lain demi keselamatan diri.

Item keempat ialah ‘kemahiran komunikasi’.

Kerenah orang-orang yang dipimpin mampu ditangani dengan kemahiran komunikasi yang ada. Antaranya ialah, bercakap dengan terang jelas dan nyata serta mudah difahami oleh mereka. Seterusnya, setiap pemimpin perlu berusaha menjadikan dirinya mudah untuk didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol.

Pemimpin juga perlu ikhlas kerana walaupun ikhlas adalah perkara abstrak namun, ia boleh dirasai dengan mata hati. Tindakan juga merupakan suatu cara komunikasi yang efektif berbanding banyak berkata-kata.

Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Item-item lain bagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’ juga ialah apabila sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

Selain itu, mereka juga sentiasa membesarkan Allah dalam setiap hal, memastikan hati dan penampilan luaran sentiasa bersih, serta lebih banyak memberi dengan ikhlas berbanding memberi kerana ingin mendapat lebih banyak. Insha-Allah dengan item-item ini, walau apa-apa sahaja konflik yang melanda kelak, pasti akan mampu diselesaikan dengan lebih baik oleh mana-mana pemimpin Islam. Wallahu’alam.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


sumber:iluvislam

Bangkitlah wahai sahabat.Bangkitlah demi agama yang kita cintai ini.

Dalam Islam, tiada perkataan surender atau menyerah kalah.yang ada cuma dua.. menang sebagai MUJAHID..atau mati sebagai SYAHID

Sunday, December 6, 2009

Pemimpin Negara Menyapu Baitul Mal

Selepas membaca tajuk diatas, mungkin diantara anda yang menyangkakan perkataan itu sebagai kiasan bagi seseorang yang mengaut harta milik negara atau kumpulannya. Akan tetapi perkataan tersebut bererti menyapu yakni membersihkan sampah atau habuk-habuk didalam sesuatu bangunan. Begitulah yang dilakukan oleh Khalifa Ali bin Abi Talib pada suatu hari ketika kaum Muslimin di Baitul Mal sudah habis.

Agar semua orang tahu bahawa di Baitul Mal sudah tidak ada apa-apa lagi harta, Khalifa menyapu lantainya dan kemudian mengerjakan solat didalamnya. Dengan cara ini apabila ada seseorang datang untuk minta bantuan, didapatinya Baitul Mal sudah kosong, yang ada hanya pemimpin nya saja yang sedang solat.

Diceritakan pula bahawa suatu ketika, Khalifah Ali kelihatan memegang sebuah gelas di tangannya dengan sangat behati-hati agar isinya tidak tumpah.Seseorang lelaki datang melihatnya, ternyata gelas itu berisi susu yang suah mengeluarkan bau busuk kerana terlalu lama.

"Apa yang engkau pegang dengan sangat berhati-hati itu wahai Ali?"tanya orang itu

"susu"jawab Ali

"Apakah engkau minum susu yang sudah berbau busuk itu?"Tanya orang itu lagi.

"Diamlah engkau.Aku pernah lihat Rasulullah saw minum susu yang baunya lebih busuk dari ini"Kata Ali bin Abi Talib

Monday, November 30, 2009

yang memohon tidak layak memimpin..

Suatu ketika terjadi kekosongan jawatan gabenor di sebuah propensi dalam wilayah islam. Khalifah Umar Bin Khattab tidak segera mengisinya, keranasedang mencari calon yang betul-betul layak dari segala bidang. Akhirnya pilihan beliau jatuh pada seseorang yang dipandangnya mempunyai kelayakan yang cukup, tapi segala-galanya masih dirahsiakan sehingga pada saat yang tepat.

Beberapa jam sebelum Umar mengumumkan masalah itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang menyatakan bersedia diangkat menjadi gabenor di wilayah yg dimaksudkan. Amirul Mukminin tersenyum mendengar permohonantu dan menyaksikankebesaran Allah. Setelah berfikir sejenak, berkatalah khalifah: "sejak tadi engkau memang telah ditetapkan sebagai orang yang paling layak untuk memegang jawatan gabenor di wilayah tersebut. Akan tetapi barang siapa yang mencalonkan dirinya sendiri(untul menjadipemimpin), tidak patut untuk disokong dan dikabulkan".


Umar Bin Khattab menyuruh orang itu agar balik terlebih dahulu dan menunggu pengumumanyang akan dibuat tidak lama lagi. Maka khalifah Umar memilih memilih orang lain untuk menduduki jawatan tersebut. Seandainya lelaki itu menahan diri dari memohon jawatan, sedah tentu dirinyatelah dilantik sebagai gabenor. Akan tetapi Allah Maha mengetahui segala-galanya.Siapa yang mengajukan dirinya untuk menduduki jawatan pemimpin, tidak layak untuk dipilih. Kerana ia mungkin ada udang disebalik batu atau mempunyai kepentingan peribadi lainnya...

*himpunan kisah kehidupan para khalifah islam

Friday, November 27, 2009

Wednesday, August 26, 2009

Keluarbiasaan Luqman

بسم الله الرحمن الرحيم

Luqman, nama yang tidak asing lagi bagi kita. terutamanya warga sainsri. Al-Fadhil Ustaz Muzaha selalu bercerita mengenai kebijaksaan hamba Allah ini.

cerita tentang Luqman telah banyak diperkatakan oleh para ulama tafsir berdasarkan pengetahuan sejarah dan kisah-kisah daripada pelbagai bangsa dan agama.Terdapat kisah keluarbiasaan Luqman dalam pergaulan dengan tuannya, sebagaimana berikut:

Pada suatu hari, isteri tuannya marah-marah kepada suaminya. Lalu tuannya membeli pelbagai kuih-muih untuk berdamai dengan isterinya. Setelah dia menyuruh Luqman supaya memberikan kuih0muih yang dibelinya kepada isterinya dan berkata. "Berilah kuih-muih ini kepada kekasihku!" Kemudian kuih-muih itu diberikannya kepada anjing yang disayangi oleh tuannya. Apabila tuannya balik, dia terus bertanya kepada isterinya tentang kuih-muih itu. Lantas isterinya menjawab,"Tiada diberikan kepada aku sesuatupun." Setelah itu Luqman ditanya, lalu jawabnya, "Aku telah memberikannya kepada anjing kesayangan tuan seperti mana diperintahkan. Anjing itulahyang patut disayangi kerana ia tahan menderita sekalipun tuan memukulnya, ia akan kembali kepada tuan. Adapun isteri tuan bukan kesayangan tuan yang sebenarnya, kerana ia meminta cerai daripada tuan tanpa seorang sebab"

Engineer Di Blog Nuqaba

rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah