(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Wednesday, December 22, 2010

Kita bukan Hipokrit..

artikel copy from iluvislam...semoga kita semua boleh ambil iktibar...


"Eleh, kau pakai tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!"

"Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik la weyh!"

"Eh, sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!"

Sakit telinga mendengar. Sakit lagi dalam hati. Kerana itu, ramai yang tersungkur. Hasrat mahu berubah, terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini. Inilah cabaran orang yang mahu berubah. Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini.

Persoalan saya, adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit?

Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani. Maka,
izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.

Janganlah berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.

Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga. Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi. Kemudian, satu
lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.

Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau hipokrit yang diberikan orang. Tuduhan yang
tersangat salah! Saya tertarik dengan satu hadis:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.

Saya paling tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menagis'. Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? Adakah kita mahu
menipu Allah?

Tidak. Sama sekali tidak. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia. Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku.

Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kita
keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.

Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik! Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.

Untuk mencapai kesempurnaan iman, jangan takut mencuba menerima cacian.

Kesimpulan

Jangan peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah pasti akan suka, jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka. Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?

Selepas ini, jika ada lagi orang kata 'kau munafik', maka balaslah, "So what?"

Friday, December 17, 2010

Jujur Depan Perompak





Tersebutlah kisah, sebuah kafilah sedang merentas padang sahara. Hawanya panas terik membakar kulit. Kelihatan bergenang fatamorgana dataran air berbatu-batu jauhnya. Kafilah bergerak perlahan. Manakan tidak, unta-unta diikat antara satu sama lain dalam satu barisan. Jalannya pula selangkah demi selangkah meredah lautan pasir.

Seorang kanak-kanak sembilan tahun turut mengembara. Ia berjalan dengan sehelai sepinggang. Yang dibekalinya ialah sebuah karung.

Nun jauh di sana, di puncak gumuk pasir, beberapa orang berkuda sedang mengintai-ngintai, berkata salah seorang mereka, “Nampaknya kafilah ini senang diserang hendap. Pasti ada habuan!”

Debu-debu pasir berterbangan, bak angin ribut melanda. Sekumpulan pemuda berkuda bersenjata menyerbu dan akhirnya mengepung kafilah. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyerah sahaja. Melawan pun tidak berguna, hanya mengundang bencana. Mereka menyerahkan segala harta yang dibawa.

Setiap orang digeledah hartanya. Sehingga tibalah orang terakhir... rupanya seperti seorang kanak-kanak yang terbiar. Kanak-kanak sepertinya pasti tidak mempunyai apa-apa, melainkan belas ihsan orang.

Ketua perompak pun bertanya kepadanya, dengan nada bersahaja, “Apa yang engkau bawa, wahai kanak-kanak!”

“Karung, tuan.”

“Apakah isinya?” orang-orang suruhannya sudah menghunus pedang masing-masing, agar kanak-kanak itu tidak teragak-agak untuk menjawab.

“Empat puluh keping wang emas dinar.”

“Apa?” perompak-perompak terperanjat.

“Engkau, periksa karungnya!” seorang perompak membuka karung yang dibawa kanak-kanak kecil itu. Matanya terbeliak, katanya, “Tuan, dia berkata benar!”

Ketua perompak kehairanan. Keningnya naik. Misainya lentik. Matanya mengicing, seolah-olah menyindir. “Hai kanak-kanak, engkau tahu kami adalah perompak-perompak yang merampas harta benda. Kami adalah orang-orang yang kejam. Seluruh kafilah ini, senang-senang sahaja kami tawan. Nyawa mereka terletak pada tangan kami. Sama ada mereka kami bunuh, ataupun kami jadikan hamba abdi!”

Kanak-kanak itu diam, riak wajahnya memancar cahaya ketenangan.

“Mengapakah engkau begitu bodoh berlaku jujur? Mengapa engkau tidak menipu sahaja, agar harta dan nyawa engkau selamat?” Kanak-kanak itu merenung tajam, ia diam tiada terkata. Ketua perompak tidak sabar menanti jawapannya, “Mengapa?”

“Tuan, saya ini penuntut ilmu. Ibu membekali saya dengan wang ini. Ia berpesan kepada saya satu sahaja.”

Ketua perompak disusuli perompak yang lain ketawa mengilai. Mereka begitu takjub akan keanehan kanak-kanak suci itu. Kata ketua perompak, “Apakah pesan ibumu?”



Jawab kanak-kanak itu, “Bahawa ibuku berpesan, agar aku tidak berlaku khianat dan sentiasa jujur. Itu sahaja.”

Katanya lagi, “Jika aku berbohong, maka Allah Maha Mengetahui aku berbohong. Apalah guna aku hidup begitu?”

Perompak-perompak terbungkam seribu bahasa. Bagaimanakah seorang kanak-kanak menghadapi sekumpulan yang boleh menanggalkan kepalanya, merampas hartanya, begitu berani memegang janji kepada ibunya? Ketakjuban mengalir, keinsafan melilit hati-hati yang dibelenggu kegelapan. Pasti kanak-kanak ini seorang yang akan menjadi seorang yang luar biasa!

Perompak-perompak tersebut telah melafazkan kata taubat di hadapan seorang kanak-kanak yang luar biasa teguh memegang janji. Kanak-kanak itu bukan calang-calang manusia. Dia tidak tahu, tika sampai usianya, puluhan ribu manusia bertaubat di tangannya.




Dialah Syeikh Abdul Qadir Jailani, seorang ulama sufi agung. Ia adalah pembentuk generasi terbaik pada zamannya. Iaitu generasi Salahuddin yang membebaskan kota Baitulmaqdis dari cengkaman tangan-tangan kotor bangsa Salibi...(artikel dr sini)



jangan berlaku khianat dn sentiasa brsikap jujur.itu pesan ibu kepada kanak2 itu..bersikap jujurlah dimana org tidak berlaku jujur..bersikap jujurlah di mana orang tidak akan jujur...berlaku jujurlah di mana orang tidak bisa melaksanakannya...


meraih kepercayaan org..mudah.tp untuk menghilangkannya juga tidak sukar.bak kata pepatah melayu.. Orang memegang kerbau pada talinya, memegang manusia pada katanya








A009
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat. (Yunus 10:9)


Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh; pertama tegak, kedua roboh

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

Monday, November 29, 2010

Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

Gambar ihsan dr google^^

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?


ANJING : Aku tengah tension nih . Mau jeaku gigit manusia tadi.


LEMBU : eh? kenapa ?


ANJING : aku lalu tepi dua orang manusialelaki dan perempuan yg sedangberkepit. Tetiba si lelaki terperanjatdan terus melompat dan berkata"hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".


LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.



ANJING : Kalau aku najis sekali pon,kalau dia tersentuh aku, bolehdisamak. Yang dia sentuh dan raba-rabaawek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?


LEMBU : Betul tu . Memegang wanita ygbukan mahramnya tanpa ikatan ygsah, lebih dahsyat kenajisannya daripadamemegang ko anjing, malah tak bolehsuci sekalipun di samak.


ANJING : Wah .. ayat ko memang power la…manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU "Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa: Bergomolan dengan babi (khinzir)itu adalah lebih baikberbanding dengan bersentuhan (secarasengaja) dengan wanita yang bukan mahram.."


**artilkel copy dr Semasyur Islamic Society..syukran^_^


Kepimpinan Ibarat 5 Jari




sALAM pERJUANGAN sAHABAT..=)

ana ingin berkongsi semula post ni..walaupun pernah dikeluarkan pada tahun lepas..seperti yang tertera di atas..'kepimpinan ibarat 5 jari'..

al kisah..
pada suatu hari, seorang lelaki menghadiri satu interview untuk mendapatkan pekerjaan..kalau diikutkan kelayakannya tidaklah sehebat mana..

bila ditanya..apa yang anda faham tentang kepimpinan??

Lelaki itu menunjukkan tapak tangannya..Pengurus syarikat itu kehairanan..tangan??

Ya..kepimpinan ibarat 5 jari..5 jari yang ada pada tapak tangan kita ini..semuanya saling memerlukan.

kita ada..Ibu jari, jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelingking..

Ibu Jari..(ketua/naqib/boss/pemimpin dll...)

'Good!!' inilah istilah untuk seorang
pemimpin..Pemimpin mestilah seorang yang baik, berwibawa,amanah,jujur,adil,betul-betul boleh memimpin orang
bawahannya..

Seorang pemimpin tempatnya diatas sekali..jadi dia haruslah menjadi yang terbaik..

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.........."
[Qs 4:58]

“Berilah keputusan antara

kami dengan adil dan janganlah kamu menyimpang dari kebenaran dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus...."[Qs 38: 22]


Jari telunjuk..(penasihat)


Jari telunjuk pulak adlah penasihat..seorang yang bijaksana..bijak mengatur strategi...dan bertindak dengan hemah dan bijaksana..








Jari Hantu dan jari manis

setiap orang mempunyai sifat tersendiri..dan ia juga mempunyai pendekatan tersendiri..ada yang ingin didekati dengan cara lembut dan ada juga sebaliknya.



jari hantu ibarat seorang yang beperwatakan kasar(nama pun hantu)..mudah mempengaruhi orang..











jari manis..beperwatakan lembut..penuh dengan kasih sayang..pendekatan yang diberikan boleh melembutkan hati yang keras...menyayangi dan disayangi..


Jari Kelingking(org yg dipimpin/mad'u/org bawahan dll)

Jari kelingking melengkapkan sebuah organisasi..merupakan yang merealisasikan sesuatu itu..dalam sebuah organisasi, tidak lengkaplah tanpa pekerjanya..dalam sebuah pembelajaran,tanpa murid..apa erti seorang guru..dalam pentarbiahan apa makna seorang da'ie tanpa mad'u nya..

Untuk membentuk sebuah organisasi. Semuanya diperlukan..pemimpin perlu berkawan rapat dengan orang yang bijaksana sebagai penasihat untuk setiap tindakan yang dilakukan. Jadi, jari telunjuk berada paling dekat dengan ibu jari (pemimpin)

Pemimpin juga memerlukan orang berpengaruh(kasar) dan yang lembut, kerana tidak semua orang mempunyai cara penerimaan yang sama..setiap orang ada cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu..dan cara untuk menyampaikan dakwah ialah dengan mengetahui selera mad'u tersebut

Dan pemimpin, memerlukan orang yang dipimpin(mad’u) …tanpa mad’u, tidak wujud la pemimpin =)

Akhirnya..dia diterima bekerja disitu dengan huraian mendalamnya tentang kepimpinan..dan keyakinan yang ditonjolkan..^_^

Pemimpin sejati bagaikan kayu besar di tengah padang. Rimbun daunnya tempat berteduh, kuat dahannya tempat bergantung, kukuh batangnya tempat bersandar, besar akarnya tempat bersila."

Sunday, November 14, 2010

Insaf Sekejap

Benarkah wujud istilah 'insaf sekejap'? Ya, ia wujud.

Ramai sahabat mengadu, bahawa mereka mengalami sindrom insaf sebentar.

Sebagai contoh, insaf selepas mendengar tazkirah tapi 10 minit selepas itu, rasa insaf itu lenyap dan dia kembali kepada keadaan asal.

Saya juga tidak terkecuali.

Kisah Hanzalah

Saya teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulullah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi'.

Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'.

Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.

Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!

Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.

Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"

Manusia Biasa

Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun.

Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.

Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat!

Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.

Taubat Yang Berulang

Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.

Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat.

Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali.

Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!

Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!

Mahu Kekal

Setiap orang, tempoh 'sekejap' mereka adalah berbeza-beza.

Ada orang yang 'insaf sekejap'nya ialah beberapa hari dan ada juga yang 'insaf sekejap' nya cuma beberapa minit.

Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?

Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :

Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh.

Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.

Ya, harus banyak berdoa!

Kesimpulan

Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.

Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.


source : iluvislam.com

Sungguh Menarik Dan Tertarik

Petang itu cuaca agak muram. Sang mentari mula melarikan diri. Tiga bulan berkhidmat tanpa henti, mungkin sudah tiba masanya untuk berehat seketika. Biarkan hujan pula merahmati bumi Shamrock ini.

Aku dan Mr. X masih asyik bersembang sambil menikmati kopi panas yang meletup!

"Kita akan tertarik kalau sesuatu itu menarik."

Alamak..Mr. X sudah memulakan bicara falsafahnya.

"Mmm..betul," jawabku ringkas.

"Jadi kalau semua benda ini menarik maka kita akan tertarik," sambung Mr.15.

"Betul," aku masih lagi kurang faham akan maksud sebenar pernyataan ini.

"Maka kalau kita menarik semua orang akan tertarik."

"Cumanya...setiap orang itu berbeza daya tarikannya," responku

"Kenapa perlu mencari perbezaan dalam keadaan kita banyak persamaan. Cuba kalau disusun semula kenyataan kami; setiap orang itu sama daya tarikannya," balas Mr.15.

"Mm...secara teori kita boleh bercakap tentang persamaan, tetapi realitinya...."

"Itulah masalahnya Usop..mari saya ceritakan satu kisah," Mr. X membuka cerita misteri...jeng jeng jeng...

Kampung Y adalah sebuah kampung yang jauh di pedalaman. Kampung ini mempunyai populasi sekitar 500 orang. Uniknya, semuanya tidak berselipar ataupun bersepatu.

Satu hari mereka dikunjungi oleh dua orang pemuda dari bandar. Ahmad dan Abu. Ahmad dan Abu adalah jurujual kasut dari dua syarikat yang berbeza. Mereka datang untuk membuat tinjaun melihat ruang-ruang pemasaran yang ada di kampung ini.

Pulang dari membuat tinjauan, Ahmad dan Abu menyiapkan tugasan yang diberikan.

Laporan Abu :

Kita akan mengalami kerugian yang besar sekiranya kasut kita dipasarkan di kampung ini kerana tidak ada seorang pun yang memakai kasut di sini.

Laporan Ahmad :

Kita bakal mendapat keuntungan yang besar! Tidak ada siapa pun lagi yang pernah memasarkan kasut di sini. Cepat!

"Faham?" Mr. X menutup ceritanya.

"Mm...faham cerita tu..tapi apa kaitannya dengan perbualan kita tadi?" tanyaku sedikit kehairanan.

"Kamu ni...begini...dalam hidup ni, kita akan sentiasa melihat sesuatu itu dari pelbagai aspek; aku ringkaskan; kita lihat daripada 2 aspek yakni positif dan negatif.

Ramai orang pilih untuk melihat dari aspek negatif, hanya segelintir yang melihat secara positif.

Ingat, what u see is what u get!

Orang ke kedai nak beli gula takkan dapat garam! Jadinya, kalau kamu terus menerus melihat perbezaan, kamu akan terus menerus mencari perbezaan. Sampai mati pun kamu akan cakap pasal perbezaan. Yang kita ketandusan sekarang ini adalah manusia yang proaktif yang mencari persamaan!

.....

"Faham?!"

Aku menganggukkan kepala. Berfikir. Sungguh menarik dan tertarik.


source : iluvislam.com


Engineer Di Blog Nuqaba

rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah