Seorang mukmin hidup di dunia bagaikan seorang tawanan yang sedang berusaha membebaskan dirinya dari penawanan dan ia tidak akan merasa aman kecuali apabila ia telah berjumpa dengan Allah Subhanahu wata’ala. (Imam Hasan Al Bashri)
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~

more at Islamic-Testi
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]
Friday, September 3, 2010
Salam Lebaran buat Warga SAINSrI...
Lembaga Nuqaba' SAINSri 10/11
Ketua Naqib:Wafri bin Wasli
Pen. Ketua Naqib:Mohd Muzani bin Saperi
Ketua Naqibah:Afirah bt Ali
Pen. Ketua Naqibah:Laeeba bt Haslan
Setiausaha:Nur Amirah bt Zakaria
Bendahari:Nur Fathiah bt Waziralilah
Naqib-Naqibah:
- Mohd Nadzirul bin Abdul Rahni
- Nazmi Naqiuddin bin Abdul Aziz
- Mohd Amirul Hadafi bin Abdullah
- Fathie Khairullah Hisyam bin Rabie
- Azfar bin Jaafar
- Mohd Izwan bin Nariman
- Mohd Nabil Fikri bin Rajeli
- Mohd Omar b Mohd Hafeez
- Mohd Syafiq bin Sapri
- Mohd Ramzi bin Fauzi
- Mohd Aizat bin Abdul Malik
- Hasbullah bin Abdul Rahman
- Khairidz Fadzillah bin Osman
- Muhd Ariff bin Jamil
- Mohd A'sim bin Yusree
- Mohd Azran bin Mustapha
- Mahfuzah bt Yahya
- Nurhafizah bt Ismail Nasiruddin
- Raodah bt Hussin
- Siti Nabilah bt Abu Bakar
- Nurazureen bt matnin
- Fadhliah bt Basrah
- Aqilah Batrisya bt Rajak
- Najihah bt Yahya
- Azilah bt Jahari
- Siti Nur Saidatol Salbiah bt Julkipli
- Nazzatul Nadhirah bt Zuliddie
- Siti Hajar bt Mohd Hafeez
Monday, August 2, 2010
Bicara-bicara yg di nukilkan sebenarnya bukan lah dgn niat / bertujuan untuk mengajar sesiapa, cuma ingin berkongsi sedikt ilmu pengetahuan yg ada..itupun Haq MilikNya.
Tingkatan pengabdian makhluk kpd Maha Pencipta ( Allah ) swt sebenarnya berbagai dlm definasi Iman, ..ketaqwaan, ketaatan, keimanan, keikhlasan, termasuklah kefasikan, kemunafikan, kemusyrikan dll.
Ada yg insaf belum bermakna dia itu sudah Taat, ada yg sedar, juga belum bererti dia sudah insaf..harus di ingat kita manusia tetap di beri kemampuan bagi memilh dua ( jalan ) kefasikan dan ketaqwaan..seperti FirmanNya dlm surah Asy Syams 7- 8. “ dan jiwa serta penyempurnaannya ( ciptaannya ), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu ( jalan ) kefasikan dan ketaqwaannya “ .
Mari kita berjalan jauh sedikit..ada dua litar dlm kehidupan dzahir dan batin kita yg terus menerus terwujud itulah jln kefasikan dan ketaqwaan….berbolak balik, serang diserang, menyerang..macam-macam, dengarlah.
Sebenarnya fitrah manusia itu suci, akan tetapi proses penerimaan ilham tersebut, terkadang menjadi tidak murni di sebabkan kekotoran jiwa yang diliputi nafsu syahwat..dalam hal ini juga Allah berfirman " Sesungguhnya beruntunglah yang mensucikan jiwa itu. Dan merugilah orang yang mengotorinya " ( QS Asy Syams : 9-10 )...
Baik dan buruk berasal dari intuisi, tidak melalui fikiran dan rekaan. Alat penerimanya adalah hati ( rasa ). Dari Allah jua turunnya ilham ke dalam jiwa manusia berupa intuisi, baik kepada jiwa yang kotor atau kpd jiwa yang telah mendapat kebersihan..dan dari jiwa pula turun menjadi perbuatan..disini ada kesedaran mahupun keinsafan belum tentu lagi yakin.
Ketika jiwa manusia kotor, maka intuisi kebaikan mendapat sebutan hati kecil atau hati Nurani..hati yang paling dalam dan tersembunyi..sebaliknya apabila rasa iman telah memenuhi ruang jiwanya, ada rasa kesedaran, keinsafan serta keyakinan lalu menjadi takluknya hakikat “ PENYERAHAN “ maka rasa kejahatan itu akan menjadi hati yang kecil menggantikan rasa keimanan yang tenggelam, sehingga untuk bersubahat dengan sifat-sifat mazmumah akan terasa susah dan payah sekali, kerana jiwanya di dominasikan oleh rasa keimanan yang besar..
Al-Quran juga mengatakan “ Wahai orang-orang yg beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan ( kaaffah ), dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu ” ( Al Baqarah : 208 ).
Renungi FirmanNya.. manusia yg beriman diperintah untuk memasukinya secara total, lalu dilarang agar tidak mengikuti langkah-langkah musuh yg nyata itulah syaitan..
.. ( Amantu billahi tumastaqhim ) aku percaya pada Allah dan berpegang teguh pengertian dan pendirian itu.....
Wednesday, July 7, 2010
PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAM
Buku: Sirah Nabawiyyah
Penulis: Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy
Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala’ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala.
Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.
Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu ‘alahi Wasallam.
Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut:
1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup Baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi dianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wata’ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya. Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar-dasar hidupnya. Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapat semuanya di dalam kehidupan Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam, maka tidak hairanlah mengapa Allah menjadikan Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada (diri) RasuluLlah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu.” (Al-Ahzab 33 :21)
Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad Salla lahu ‘alaihi Wasallam boleh menolong manusia memahami dan mengecapi isi kandungan Al-Qur’an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur’an yang dihurai dan ditafsir-kan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan ‘aqidah kepercayaan, hukum hakam’ dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.
2. Membolehkan para pendidik penda’wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistcm pendidikan dan pengajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pemah membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan-jalan dan sistem-sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda (SallaLlahu ‘alaihi Wasallam) berda’wah.
Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini mampu dan berupaya untuk sampai ke matlamat-matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di kalangan manusia lain samada ianya sebagai seorang individu yang bebas dengan faham pembawaannya atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur-unsur yang terdapat di dalam masyarakatnya.
Sejarah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasalam menghidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang di kalangan keluarga dan sahabat; seorang manusia yang menyeru uniat manusia ke jalan Allah secara lemah-lembut dan bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah, seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar seorang suami yang halus pergaulannya, seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri, seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah, keluarga dan sahabat handai (Radiyallahu ‘anhum ajma’in). Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam ialah memahami semua sudut kemanusiaan.
*sumber:dakwah info-ini sejarah kita
Friday, June 18, 2010
Ghazwul fikr(perang minda)..kita diperangi siapa??
Ramai yang tidak menyedari bahawa kita sering diperangi.Minda menjadi medan peperangan yang boleh membuatkan kita terus leka dan lalai. Tapi,kita diperangi siapa??
siapa musuh kita??
Musuh kita adalah syaitan dan nafsu.Kemusnahan kita,kemusnahan Islam di muka bumi Allah ini merupakan agenda utama orang kafir.
Dan orang-orang yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu(Muhammad)sebelum engkau mengikuti agama mereka.......(Al-Baqarah:120)
peperangan ini dimlakan oleh iblis laknatullah.sejak Allah memerintahkan mereka untuk sujud pada Adam,tp mereka ingkar.
Dan (ingatlah) ketika Kami berfrman kepada para Malaikat,"Sujudlah kamu kepada Adam!"Maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri,dan ia termasuk golongan yang kafir. (Al-Baqarah:34)
Allah berfirman,Wahai Iblis,apakah yang menghalang kamu sujud kepada yang telah aku ciptakan dengan kekuasaanKu.Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu (merasa)termasuk dalam golongan yang (lebih) tinggi[75].(Iblis)berkata,"Aku lebih baik daripadanya,karena Engkau ciptakan aku dari api,sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah"[76]
(Allah) berfirman,kalau begitu keluarlah kamu dari syurga!Sesungguhnya kamu adalah makhluk yang terkutuk[77].Dan sungguh kutukan-Ku
tetap atasmu sampai hari pembalasan"[78]
(Iblis) berkata"Ya Tuhanku tangguhkanlah aku sampai pada hari mereka dibangkitkan"[79].(Allah)berfirman,"Maka sesungguhnya kamu termasuk golongan yang diberi penangguhan,[80]sampai pada hari yang telah ditentukan waktunya(hari kiamat)"[81].Demi kemuliaan-Mu pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya[82].kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih diantara mereka[83]
(Sad:75-83)
Iblis telah berjanji untuk menyesatkan kita semua.Namun mahukah kita menjadi antara orang yang disesatkan oleh iblis laknatullah.Atau kita memilih utk berada di antara hambaNya yang terpilih(orang-orang yang diberi taufik untuk mentaati segala petunjukdan perintah Allah)
dan pasti akan aku sesatkan mereka, dan akan kubangkitkan mereka angan-angan kosong pada mereka......(An-Nisa':119)
Agen-agen syaitan:-
>jin & manusia
>orang-orang kafir
Awas Agenda Kafir!!
4S
[Song]:selain melalaikan-(topik cinta)-mesej2 bathil disampaikan melalui lagu-artis2 dijadikan idola
[Sport]:ok kalau ikut syara'-namun ahli2 sukan sering dijadikan idola-melekakan-menyumbang ekonomi kafir(mempromosi brgn)
[Sex]:hubungan bebas-"couple" dijadikan budaya,sehinggakan x ber'couple' boleh dikatakan luar biasa
[Smoke]:-dadah,rokok-menyumbang ekonomi yahudi
4F
[Fun]:enjoy-party-istilah muda hanya sekali-aku dan duniaku-TV,Movie,Handphone,rempit
[Food]:Fast food(McD,KFC,Pizza hut)-ekonomi yahudi/kafir
[Fashion]:dah x nampak tujuan asal berpakaian-aurat dibuka sesuka hati-tutup aurat(bertudung)hanya fashion
[Faith]:perkara-perkara yang menggugat akidah-Black metal,Kristianisasi,Atheisme,Darwinisme
Hebatkah Islam??
Ya..Islam pernah mencapai kegemilangan pada suatu masa dahulu..tp kini..apa yang dapat kita banggakan..adakah hanya pada kejayaan Rasulullah dan pejuang2 terdahulu yang kegemilangan yang mereka cipta telah hilang dari mata dunia.
Berjayakah barat??
Ya..barat berjaya..berjaya dalam membentuk kita pada apa yang mereka mahu.kini budaya barat yang dibanggakan..Islam dianggap kolot.Islam dianggap penganas..
Kita??
Inikah kita??insan yang gagal dalam memperjuangkan agama Islam yang kita cintai.kita sayangkan Islam..tp dimana buktinya??sejauh mana perjuangan dan pengorbanan utk Islam yang kita usahakan
Sesungguhnya Allah telah mengilhamkan kita dengan pelbagai jalan..
'maka Dia mengilhamkan kepadanya(jalan)kejahatan dan ketakwaanya'
(Asy-Syams:8)
Saturday, June 12, 2010
simpan atau buang
perhatian kepada sahabat yang menggunakan perisian Microsoft Windows, mungkin masih ada yang tidak tahu yang dekstop atau laptop yang anda gunakan menyimpan logo Israel.logo tersebut adalah lambang kemenangan Israel(rejim zionis)
Untuk melihat logo tersebut, sila ikuti langkah-langkah di bawah ni:
Cari di Drive C: > ProgramFiles > Microsoft Office > MEDIA > CAGCAT10 > J0285926.WMF.

Anda mempunyai pilihan sama ada menyimpan atau memadam logo tersebut dari desktop atau laptop anda.
Tuesday, June 8, 2010
Mengembala kambing
Setelah dua tahun di bawah asuhan 'Abdul-Muthalib, yaitu ketika usia Beliau menginjak delapan tahun, 'Abdul-Muthalib pun wafat. Maka Beliau pun diambil oleh Abû Thâlib, salah seorang pamannya yang memiliki anak yang banyak.
Abû Thâlib merupakan pengganti 'Abdul-Muthalib dalam kepemimpinan kota Makkah, dan ia telah menyumbangkan sebagian besar hartanya untuk memelihara Ka'bah dan menjamu orang-orang yang berhaji, dan juga untuk membantu orang-orang yang mengalami kesulitan sehingga membuatnya jatuh miskin dan hampir-hampir menjatuhkan kedudukannya yang mulia.
Rasûlullâh saw. yang ketika itu masih berusia delapan tahun, berusaha meringankan beban pamannya itu dengan bekerja menggembalakan kambing milik sebagian penduduk Makkah dengan upah yang minim.
Pekerjaan menggembala kambing menumbuhkan sifat-sifat positif dalam diri Beliau, seperti sifat tanggung jawab, lemah lembut, penuh perhatian dan kewaspadaan. Sejumlah sifat yang harus dimiliki oleh setiap penggembala agar ia dapat menjaga ternaknya dengan baik. Ini pun merupakan kehendak Allâh SWT. dan juga sebagian dari rencana-Nya yang tersusun bagi Beliau, agar di kemudian hari Beliau mampu memikul tanggung jawab sebagai pembawa risalah. Dan pekerjaan menggembala kambing merupakan pendidikan Allâh bagi sebagian besar para nabi, sebagaimana sabda Beliau :
مَا مِنْ نَبِيٍّ إِلاَّ رَعِيَ الْغَنَمَ
Artinya :
"Tidak ada seorang nabi pun melainkan ia pernah bekerja menggembala kambing".