(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Friday, June 29, 2012

wow!! banyaknya kegunaan coca-cola!!!


10 Kegunaan Coca-Cola
Berdasarkan kepada kajian  santifik yang dijalankan oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenaikebaikan dan keburukan minuman Coca-Cola (Coke). Kajian ini meliputi sektor peruncitan, bahan “household”, restoran, bengkel dan persekitaran kehidupan manusia seperti berikut :


  1. Sektor Makanan (Untuk merebus) : Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang.

  2. Sektor Pembersihan (Untuk mencuci tandas) : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesankotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun sudah habis. Rasa-rasa buat sabun badan, boleh tak?

  3. Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome) : Gilapkan bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang.

  4. Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta) : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

  5. Sektor Kejuruteraan (Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat) : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

  6. Sektor Pencucian (Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian) : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak itu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

  7. Sektor Pencucian (Untuk mengelap cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit) : Celup tuala dengan Coke dan lap. pasti bersih. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia bolehmeleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

  8. Sektor Pencucian (Untuk memcuci bahagian enjin lori/trak) : Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakitosteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau “Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.

  9. Sektor Makanan (Untuk meningkatkan kemanisan minuman) : Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba  bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula itu di rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo dan F&N.

  10. Sektor Perubatan (Untuk melebur) : Cuba rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi itu hilang/lebur dalam masa 24 – 49 jam. Kepada sesiapa yang sakit gigi cubalah cara ini, agaknya-agaknya gigi itu pun boleh hilang.

    sumber rujukan:














Kenapa Coco-cola tak dijual di KOOP SAINSri???

assalamuaalaikum WBT, sebelum saya mulakan perbincangan ni, mesti anda tertanya2 kenapa pulak tetiba heboh2 pasal coca-cola nii??? sedap apa??? kenapa pulak coca-kola takda dijual kat koop SAINSri?? mmm... jom kita bongkar mengenai RAHSIA coca-cola!!!






Kita mulakan "majis" kita dengan asal usul coca-cola.. bak kata pepatah. ~Tak kenal maka tak cinta~..T_T..

Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Minuman ini memang "hot" & merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia. Setelah menerima nama samaran "Coke" yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya pada tahun 1886.... 1886??? lama tuh...



percaya ke tak??? Asalnya ia dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19. Namun kerana otak bijaksana seorang usahawan Asa Griggs Candler, Coke berjaya mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. walaupun selalu dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coke masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia. Sebagai satu strategi pemasaran awam yang dimulakan olehRobert W. Woodruff, syarikat ini telah menghebahkan bahawa ramuan minuman Coke merupakan suatu rahsia perdagangan dalam perniagaan moden yang hanya diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja. mmm.. pahal beberapa org pekerja je ek??



RAHSIA COCA COLA YANG KORANG MINAT SANGAT TUH: 



Rahsia ini termasuklah, ramuan yang dikenali “7X” yang selama ini dianggap sebagai komponen rahsia untuk Coke. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui “X” itu merujuk kepada apa. korang rasa komponen "x" tu apa ek...??mmmm... Walaupun begitu adalah dipercayai pekerja Coca-Cola telah mencampuradukkan minuman ini menurut nombor yang diberi kepada ramuan tertentu dan bukannya nama, untuk mengelakkan kemungkinan pekerja melakukan kejuruteraan terbalik ke atas resipi Coke. isk...isk...isk.. brani korang minum kan??? 



Resepi ini dilaporkan mengandungi ukuran yang tepat dari pelbagai minyak yang berbeza yang diperlukan untuk bahan rahsia Coca-Cola yang dinamakan “Merchandise 7X Flavoring”. Walaupun hanya satu peratus dari jumlah keseluruhan formula minuman itu digunakan, ia dikatakan dapat memberi rasa yang unik pada minuman yang popular tersebut. patut lah sedap kan???



COCA-COLA HARAM??!!!





Coke mengandungi ekstrak daripada komponen babi yang disiarkan dalam Akhbar Al-Riyadh pada 20 Ogos 2006 telah menyebabkan kebanyakan orang ramai cuba mengelak dari membelinya. Ia diburukkan pula dengan penemuan kandungan kimia yang berbahaya seperti karbonat berlebihan dan sebagainya. Senario ini bertambah kronik apabila hasil semakan mendapati Coke ini adalah produk Yahudi dan mereka yang menyokong dan membiayai aktiviti-aktiviti pengganas Israel.









TAMBAHAN PULA, hasil penyelidikan saintifik dan perubatan yang dijalankan oleh Dr. Mangoshada, Ketua Pusat Sains Dan Teknologi, Universiti Delhi di India telah membuktikan bahawa minuman Coke membawa kepada penyakit kanser kerana unsur utama yang diambil dari usus babi. Ini kerana ia adalah satu-satunya haiwan yang memakan kotoran, tahi dan air kencing yang membawa kuman maut dan mikrob. Hasil kajian juga mendapati kesan meminum Coke boleh membawa kepada kadar jantung lebih cepat dan tekanan rendah. Hanya dengan meminum 6 botol Coke dalam satu masa, ia boleh menyebabkan KEMATIAN SEGERA.





                                                                      kiut x???




HINA ISLAM:

Pernah anda membeli Coke? Cuba perhatikan perkataan ‘”Coca-Cola” dengan mengoyakkan ‘cover plastic’ dan terbalikkannya. Apa yang anda dapat lihat? Ya, sudah semestinya tulisan perkataan“Coca-Cola” akan bertukar menjadi ” La’ Muhammad La’ Makkah ” yang bermaksud” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH “.


                                                                      tengok nie!!!!




Astazfirullah…. Ingatlah wahai Saudara ku, jika kita mengucapkan kata-kata ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH ” secara sedar atau di bawah sedar, AQIDAH kita sudah terpesong secara HALUS.Nauzubillahi minzalik…. Jesteru itu, marilah kita sama-sama menyampaikan MESEJ ini kepada Saudara Islam yang lain agar kita MEMBOIKOT dan MENGHARAMKAN minuman COKE walau setitik masuk ke dalam tubuh kita. Insya’Allah….. Kita renungkan kembali, kerja siapakah ini? Sudah pasti bangsa Yahudi dan Nasraniyang tidak akan aman selagi umat Islam itu tidak tenggelam dibuai keseronokan dunia. Punca utama masalah ini terjadi adalah kerana kita ALPA dan LEKA. Mereka sering berusaha dan terus mencuba untuk menghancurkan ISLAM. Jika dibuat pengamatan serius, kita dapati sebahagian usaha MEREKA telah hampir berjaya kerana umat Islam lebih terikut-ikut dengan Budaya Barat. Bangsa Yahudi  tahu bahawa mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM melalui peperangan. Sebaliknya mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran... 











hah... sebab tulah kat koop takda jual coca-cola!!! 
kesimpulannya, minumlah air mineral... dah lah murah... berkhasiat pula... 


sekian... wasalam....

copy, paste, tapi ubah skit... 







Sunday, June 24, 2012

Assalamualaikum WBT....

Cuba kita renung-renungkan apa yang kita buat sepanjang kita hidup di muka bumi ini. InsyaAllah saksikan..:)

Saturday, June 23, 2012

Lembaga Naqib-Naqibah Sesi 2012/2013
Naqib:
1. Hasbullah bin Abdul Rahman (Ketua)
2. Muhammad Syahid Aniq bin Ajan (Pen. Ketua)
3. Muhd Ariff bin Jamil
4. Mohammad Neeziman bin Alfandi
5. Mohd Hanif in Awang Suhaili
6. Mohd Adli bin Waziralillah
7. Mohammad Azran bin Mostapha
8. Shah Hafia Hanif bin Hussain
9. Mohd Amsyar bin Abdullah
10. Mohd A'sim bin Yusree
11. Aliff Imran bin Roslan
12. Awg Mohd Hamiduddin bin Awg Rosmi
13. Ghazali bin Sapawi
14. Mohd Zubair bin Awang Hamdani
15. Fauzan bin Jamain
16. Hawari Ollan bin Zulkifli
17. Mohd Ashraf Shukri bin Selleh
18. Muhammad Helmy bin Roslan
19. Hamirul bin Hasbi
20. Mohd Aiman Hakim bin Mohd Hisham
21. Muhd Waffieq Syarafuddin

Naqibah:
1. Siti Norhidaya binti Sulaiman
2. Siti Hajar binti Mohd Hafeez
3. Siti Nur Saidatol Salbiah binti Zulkifli
4. Khairunnisa binti Mohd Hamdi
5. Ayuni Syazwani binti Hipni
6. Dyg Nur Zarith Anisa binti Awang Salleh
7. Nur Amirah binti Sarkawi
8. Juzailah binti Untong
9. Nazatul Nadhirah binti Zuliddie
10. Nor Wildayati binti Abdul Rahman
11. Nor Hafiza binti Yusree
12. Nadia Farhana binti Wardi
13. Ayu Shahirah binti Salem
14. Rosidah binti Roslan
15. Dayang Norhanani bt Awang Rosmi
16. Muyassarah Syahirah binti Mohd Yatim

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-gunung, (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula mebuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”.(al-Ahzab:72)

Engineer Di Blog Nuqaba

rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah