(: Salam Ukhuwah & Salam Perjuangan :)

Syukran Jazilan atas kunjungan :D
Semoga apa yang tercoret di sini membawa manfaat pada semua~


more at Islamic-Testi


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu [89:27-30]


Wednesday, March 17, 2010

Tangan si kecil yang menggapai harapan

Cerita ini diambil dari internet daripada laman web 'The Irish Independent Online'.mungkin ada yang pernah mengetahui cerita ini..ataupun telah membaca artikel ini sebelum ini..tapi kejadian yang luarbiasa ini wajar di imbas kembali sebagai pedoman buat kita yang sering alpa...

cerita ini mengenai seorang bayi yanag belum lagi lahir berumur 21 minggu yang bernama Samuel Alexander Armas, yang mna telah di bedah oleh seorang doktor pakar pembedahan yang bernama Joseph Bruner. Bayi tersebut mengalami penyakit 'Spina Bifida' dan akan meninggal sekiranya dikeluarkan dari rahim ibunya.

Julie Armas iaitu ibu bayi Samuel adalah seorang jururawat di bahagian obstetrik di Atlanta. Dia mengetahui akan keistimewaan dan kepakaran Doktor Bruner di dalam kes-kes pembedahan.

Doktor Bruner adalah seorang doktor pakar di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt di Nashville, dia melakukan suatu kelainan semasa membuat pembedahan semasa bayi tersebut masih di dalam kandungan ibunya.

Semasa pembedahan tersebut Doktor Bruner telah menebuk lubang yang kecil menerusi perut ibunya untuk membuat pembedahan terhadap bayi yang masih berada di dalam rahimnya.

Si Kecil Samuel telah terbentuk sepenuhnya sebagai seorang bayi semasa pembedahan tersebut, tangannya yang kecil menggapai dan menggenggam erat jemari Doktor Bruner. Kejadian yang menakjubkan ini telah dirakam dengan jelas melalui kamera.



Tangan kecil Samuel Alexander Armas yang berusia 21 minggu di dalam rahim ibunya telah menggapai dan menggenggam erat jemari Doktor Bruner seolah-olah berterima kasih kepada Doktor Bruner akan satu anugerah kehidupan.

Gambar yang dirakamkan ini menunjukkan dan mengigatkan kita bahawa kandungan yang terdapat dalam rahim seorang ibu adalah bayi dan bukannya hanya segumpal darah yang dianggap oleh sesetengah pihak. Bayi yang belum lahir ini adalah manusia yang bernyawa dan mempunyai perasaan, kehendak, personaliti sebagai seorang insan. Gambar tersebut membayangkan seribu hakikat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Ibu kepada si kecil Samuel berkata, mereka bersedih dan menangis beberapa hari semasa mereka melihat gambar tersebut. Dia berkata,"Gambar itu mengingatkan bahawa kandungannya bukanlah satu kecacatan atau penyakit, tetapi adalah seorang bayi yang bernyawa". Itulah kenyataan yang tidak dapat kita ubah..


Dapat kita lihat disini, betapa hebatnya Allah SWT. Dia menghidupkan dan Dia juga yang mematikan.selama 21 minggu di dalam rahim ibu.segumpal darah telah sempurna menjadi seorang bayi..bayi berusia 21 minggu mampu menggenggam erat jemari seorang doktor..

Kita dilahirkan dalam keadaan bersih..tanpa dosa..tanpa cacat dan cela..Allah jadikan kita dalam keadaan yang sempurna. Namun masih ramai diantara kita yang masih leka,lalai dengan keenakan dunia.dibuai mimpi-mimpi indah..kita lupa akan diri kita, siapa diri kita, dari mana datangnya kita,apa tugas kita,kemana kita akhirnya....renung-renungkanlah, tidak cukupkah kekuasaan serta kehebatan yang Allah tunjukkan pada kita..
Kita datang dari Allah...kepadaNya jua kita kembali..



Samuel Alexander Arnas

Allahualam...



Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..


We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Tuesday, March 16, 2010

Kebaikan Memulakan dengan بسم الله الرحمن الرحيم

Suatu ketika,tinggal sebuah pasangan di dalam sebuah rumah
Si suami merupakan seorang yang cepat marah..
manakala si isteri merupakan seorang yang bersifat sederhana....

Si isteri sentiasa memulakan sesuatu dengan بسم الله الرحمن الرحيم
Si suami kurang senang dengan sifat isterinya itu lalu dia pun berkata

''Asyik2 bismilah,asyik2 bismilah,ingat,suatu hari nanti engkau akan menyesal dengan perbuatanmu itu''

Maka,pada suatu hari,si suami menyuruh si isteri menyimpan sejumlah duit di dalam almari pakaiannya dan si isteri pun menuruti kata suaminya.

Pada keesokan harinya,si suami membuka almari pakaiannya dan mencampakkan sejumlah duit tadi ke longkang di luar tingkap.Kemudian,dia menyuruh isterinya mengambil semula duit dalam almarinya tadi.

Si suami dengan perlahan mengekori isterinya ke almari tersebut.
Si isteri mengucap
بسم الله الرحمن الرحيم sebelum membuka almari tersebut.

Maka,Allah s.w.t memerintahkan Malaikat Jibril a.s untuk mengambil semula duit tadi dan diletakkan semula dalam almari tadi

Si suami terperanjat apabila melihat isterinya membawa semula sejumlah duit tadi untuk diberikan kepadanya.

Mulai saat itu, si suami berasa kesal dan segera bertaubat kepada Allah s.w.t dan memohon ampun.

Maka,sebaik-baik nya kita mamulakan sesuatu perlakuan itu dengan
بسم الله الرحمن الرحيم ,mudah-mudahan kita beroleh rahmat Allah s.w.t dan dipermudahkan segala urusan,آمين

Sunday, March 14, 2010

SeNi mEmperBaiki Diri..^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

sedikit perkongsian ilmu..agar kita peroleh manfaat darinya..insyaAllah..

Ulama menggariskan 5 langkah untuk meningkatkan kualiti diri kita:

1. Mukasyafah :

Makna mukasyafah :

Seseorang individu memeriksa dirinya dan berterus-terang dengan dirinya. Kemudian dia menentukan ubat bagi penyakit yang dihadapi oleh imannya, muamalatnya, dan akhlaknya. Individu tersebut juga akan memeriksa setiap anggotanya secara khusus dan memastikan samada anggota-anggota tersebut istiqomah dan baik ataupun terdapat keaiban yang memerlukannya untuk berhenti seketika untuk membaikinya.

Firman Allah s.w.t :“Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).” (Surah Al-Qiamah : 14,15)

Manusia yang berakal adalah mereka yang memeriksa dirinya seperti di dalam hadith yang bermaksud

:“Orang yang cerdik – berakal – ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinyadan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah – yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih.”


Allah s.w.t telah meletakkan suatu timbangan fitrah di dalam diri manusia bagi menjadi kayu pengukur ketika dalam keraguan.

Dari Wabishah bin Ma’bad r.a., katanya:
“Saya mendatangi Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda:

“Engkau datang ini hendak menanyakan perihal kebajikan?” Saya menjawab:”Ya.” Beliau s.a.w. lalu bersabda lagi: “Mintalah fatwa – keterangan atau pertimbangan – pada hatimu sendiri.

Kebajikan itu ialah yang jiwa itu menjadi tenang padanya – di waktu melakukan dan setelah selesainya, juga yang hatipun tenang pula merasakannya,sedang dosa ialah apa-apa yang engkau rasakan bimbang dalam jiwa serta bolak-balik -yakni ragu-ragu – dalam dada – hati, sekalipun orang banyak telah memberikan fatwanya padamu; ya, sekalipun orang banyak telah memberikan fatwanya padamu.”

Di dalam sahih muslim :

Kisah Hanzhalah takut pada dirinya sendiri kalau sampai menjadi seorang munafik kerana merasai perubahan mustawa (peringkat) keimanannya ketika bersama dengan Rasulullah s.a.w dan merasakan mustawa keimanannya menjadi lemah apabila bersama ahli keluarganya.

Setelah itu Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Demi Zat yang jiwaku ada didalam genggaman kekuasaanNya, jikalau engkau semua tetap sebagaimana hal keadaanmu di sisiku dan juga senantiasa berzikir – ingat kepada Allah, niscayalah malaikat-malaikat itu menjabat tanganmu semua, baik ketika engkau ada di hamparanmu – sedang tidur, juga ketika ada di jalananmu – sedang berjalan-jalan. Tetapi, hai Hanzhalah, sesaat dan sesaat – maksudnya sesaat untuk melakukan peribadatan kepada Allah dan sesaat lagi untuk mengurus segala sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupannya”

2. Muahadah :

Maksudnya :

Seseorang individu membuat perjanjian dengan Allah s.w.t bahawa dia tidak akan melakukan dosa (besar atau kecil ) dan berjanji untuk memperbaiki keaiban dan penyakit-penyakitnya sehingga dia menjadi seorang muslim yang terbaik dan dicintai oleh Allah s.w.t dan rasulNya .

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :“dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” (Surah Al-Isra’ :34).Ketikamana muslim tersebut berasa lemah ketika berhadapan dengan perkara-perkara yang dicintai jiwa dan syahwat dia akan teringat kepada janjinya dan menjaga dirinya.

Apabila seorang muslim itu mengkhianati janjinya dengan Allah s.w.t dan manusia, dia akan berada dalam situasi yang bahaya kerana dia akan hidup di dalam salah satu daripada tanda munafik seperti

sabda Rasulullah s.a.w di dalam hadith yang bermaksud :

“ Tanda munafik itu ada tiga : apabila berkata-kata dia akan berdusta, apabila berjanji dia tidak tepati dan apabila diberi amanah dia khianat”

Sesungguhnya memperbaki diri adalah suatu usaha yang susah, ia seakan suatu usaha jihad yang memerlukan kepada kesabaran. Tetapi apabila seorang insan berjaya memenangi nafsunya dia akan merasai suatu kebahagiaan kerana dia telah berjaya menjadi tuan dan bukannnya lagi hamba kepada nafsunya. Dia yang akan mengawal nafsunya dan bukan sebaliknya. Firman Allah s.w.t“dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”


3.Muraqabah :

Makna muraqabah :

Seseorang muslim itu akan merasai pengawasan Allah s.w.t dan merasai bahawa Allah s.w.t memerhatikan segala urusan kehidupannya siang dan malam, dan samada dalam keadaan rahsia atau terang-terangan, di depan atau di belakang manusia.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :“sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah An-Nisa’ :

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Al-Ihsan adalah apabila engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya, sekalipun engkau tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Ia melihatmu.”


Muraqabah menghadirkan perasaan malu terhadap Allah s.w.t dan menghalang seorang hamba itu membuat dosa dan maksiat. Ia juga akan menambahkan keimanan dengan merasai kehadiran Allah s.w.t. Muraqabah juga akan memberikan ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki kerana seseorang hamba itu akan melakukan perkara yang sama samada dengan kehadiran manusia atau tanpa kehadiran manusia.

Contoh daripada kisah salafussoleh :

Suatu hari ibnu Umar berjalan dan berjumpa dengan seorang hamba sedang mengembala kambing, maka dia bertanya dengan tujuan untuk menguji :

“Jualkan seekor kambing kepadaku”hamba tersebut menjawab :

“sesungguhnya aku adalah seorang hamba”maka ibnu Umar berkata :

“beritahu tuanmu bahawa serigala telah memakannya”. Hamba tersebut menjawab :

“maka bagaimana dengan Allah s.w.t”.

Maka ibnu Umar membeli hamba tersebut dan membebaskannya seraya berkata :

“Aku telah membebaskanmu kerana kalimah ini di dunia dan aku berharap Allah s.w.t akan membebaskanmu dengannya di akhirat kelak.”

Ketika zaman khilafah Umar r.a ketika beliau sedang keluar melihat rakyatnya beliau terdengar seorang ibu berkata kepada anak perempuannya :

“pergilah kamu mencampurkan susu itu dengan air.” Maka pemudi tersebut menjawab :“Sesungguhnya Amirul Mukminin menegah daripada melakukannya.” Ibunya berkata : “Sesungguhnya Amirul Mukminin tidak melihat kita.”. Pemudi tersebut menjawab : “Tetapi Allah s.wt melihat kita”.

Umar r.a berasa kagum dengan pemudi tersebut dan telah mangahwinkannya dengan salah seorang daripada anaknya dan daripada keturunannya lahir khalifah Umar bin Abdul Aziz.

4.Mujahadah :

Makna mujahadah:

menentang hawa nafsu pada syahawatnya; yang sukakan kerehatan,ketenangan,kemalasan,tidur,makanan dan minuman yang enak,dan keterikatan dengan dunia dan perhiasannya.

Mujahadah dilakukan dengan memutuskan nafsu daripada adat-adat kebiasaan, dan memberikannya keperluan-keperluan yang penting, serta memimpinnya kepada suruhan dan ketaatan kepada Allah.Tanpa memberi peluang kepada nafsu untuk menariknya ke belakang.Firman Allah yang bermaksud:“Dan mereka yang berjihad di (jalan) Kami pasti akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berlaku ihsan”, dan

firman Allah yang bermaksud: “Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, – Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.”(Surah An-Naaziat :40,41)

Diantara contoh mujahadah :

Memanfaatkan nikmat waktu lapang dan kesihatan :

“Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar manusia yaitu kesihatan dan kelapangan waktu.”

Menjadi seorang mukmin yang kuat iman dan tubuh badan : Kekuatan menjadikan seseorang mukmin mampu untuk mencapai matlamatnya di dalam kehidupan seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlombalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah.”

Mengawal kehendak anggota :

Tidak semua kehendak anggota manusia perlu ditunaikan agar kita tidak menjadi hamba kepadanya.

Manusia yang berakal adalah mereka yang memeriksa dirinya seperti di dalam hadith yang bermaksud:

“Orang yang cerdik – berakal – ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah – yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih.”

Memperbanyakkan sujud :

Rabi’ah bin Ka’ab al-Aslami, khadam Rasulullah s.a.w. bersabda:“Memintalah padaku!” Saya berkata: “Saya meminta kepada Tuan untuk menjadi kawan Tuan di dalam syurga.” Beliau s.a.w. bersabda lagi: “Apakah tidak ada yang selain itu?” Saya menjawab: “Sudah, itu sajalah.” Beliau lalu bersabda: “Kalau begitu tolonglah aku – untuk melaksanakan permintaanmu itu – dengan memaksa dirimu sendiri untuk memperbanyak bersujud – maksudnya engkaupun harus pula berusaha untuk terlaksananya permtntaan tersebut dengan jalan memperbanyak menyembah Allah s.w.t.”

5.Muhasabah :

Makna muhasabah:

Seorang insan menghitung dirinya atas segala pergerakannya atau diamnya supaya tidak sentiasa berada dalam kelalaian, atau berada lama dalam suatu maksiat, atau tidak menjurus kepada kerasnya hati dan penyakit jiwa.

muhasabah merupakan salah satu cara tarbiyah Islam untuk memperbaiki diri,mendidiknya, dan mengangkatnya.Dengan muhasabah,seorang insan menghitung kesalahan dan maksiat-maksiatnya, dan mengetahui keadaan jiwanya sama ada sihat atau sakit, maka dia akan membimbing jiwanya ke jalan kemenangan, dan menjauhkannya dari jalan kecelakaan.

Umar Al-Khattab r.a berkata :“ Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, dan timbanglah amalanmu sebelum ditimbang untukmu.”

Sekiranya seorang manusia melontarkan maksiat-maksiatnya ke dalam rumahnya necaya rumahnya akan penuh dalam masa yang singkat. Tetapi manusia sering meremehkan maksiatnya seperti di dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud :“Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya.” (Surah Al-Mujadilah : 6)

Wallahua’lam

*sumber:Ukhti Wan Nurul Atiqah,Aukland

Engineer Di Blog Nuqaba

rakan seperjuangan dakwah dan tarbiah